Seminggu sebelum raya baru ni aku dapat panggilan dari owner rumah yang aku menang lelong tempoh hari. Dia mengugut untuk pecahkan rumah jika tak bagi dia duit pampasan sebanyak RM10K. Pelik juga tiba-tiba dia ugut macam tu sebab awal2 dulu dia cakap dia redha dan akan pindah lepas loan aku lulus. Aku agak-agak ni mesti dia rasa sakit hati bila valuer pergi value rumah tu jauh lebih tinggi dari harga lelong. Katanya bank dah aniaya dia sebab lelong rumah tu. Mungkin dia tak faham kenapa bank lelong rumah dia agaknya.
Aku tak cakap banyak sangat. Cuma aku katakan yang aku akan bincang dengan lawyer. Ini dah kira peras ugut. Lawyer advise supaya aku tak bagi duit yang dituntut tu sebab dia tak berhak minta pun. Ada juga aku post kat fb psl hal ni. Rata-rata kawan2 pun bagi advise yang sama dan bagi macam2 pendapat lagi seperti offer dia sedikit wang untuk kos pindah-randah atau pergi berbincang dengan membawa orang tua(mak ayah). Terima kasih semua sebab bagi suggestion dan support.
Sabtu lepas semasa dalam perjalanan hantar mak ayah aku ke klia, aku bawa mereka singgah ke rumah tu. Aku bawa bersama sekeping cek utk dioffer kepada owner rumah tu jika dia bersetuju keluar. Bila sampai kat situ aku dapati rumah berkunci dan dan grill bermangga. Selepas beberapa kali ketuk pintu masih takde jawapan. Aku ke rumah jiran2 sebelah bertanya khabar. Mengikut kata mereka, owner rumah dah pindah sebelum raya. Mereka tak tahu pindah ke mana sebab owner ni jenis tak bergaul dengan orang. Kata jiran lagi TNB dah cabut meter letrik sebab dia curi letrik dan TNB dapat trace. Dalam hati aku ada sedikit kelegaan. Mungkin owner ni betul2 redha keluar atau dia keluar sebab dah takde bekalan letrik . Apa-apa pun sekurang-kurangnya aku tak perlu fikir macam mana nak suruh dia keluar lagi.
Ketuk-ketul xde orang...
Keesokan harinya aku cuba mesej kat owner dan bertanya jika betul dia dah pindah. Jawapan yang mendukita-citakan yang aku dapat. Dia kata belum pindah dan bertanya bila dia akan dapat wang RM10k. Rupanya owner ni pindah keluar bukan sebab redha tapi mungkin sebab dah takde letrik dan dia masih lagi mengharapkan wang yg dituntutnya tu. Langit kembali mendung…huhuhu..
Niat aku nak bagi sedikit wang ehsan tu pun aku batalkan sebab nampaknya dia beriya-iya nak kan RM10k. Itu adalah tuntutan yang tak sepatutnya.
Maka dengan ini terpaksala aku tunggu sampai betul2 tukar nama baru la boleh ambil tindakan yang seterusnya. Maknanya dalam 2 bulan lagi. Sifu pie pun advise supaya buat tak tahu jer dan jangan contact langsung owner tu. Maka bersabarlah.. Nanti aku update lagi kalau ada apa2 perkembangan. Kacau mood betulah.. Inilah salah satu cabaran beli rumah lelong yang berpenghuni terutamanya dihuni tuan rumah sendiri.
Pandangan dari depan rumah
Grill ni adalah bahagian yg dh extend ke depan
Meter TNB dah kena cabut
Meter air masih ada
Tiles yang perlu repair
Bahagian belakang yang dh extend. Kena touch-up juga ni
Pandangan dari jalan raya
susah jg bila owner lama x nak b'kerjasama ni. anway, good luck to u...moga2 pakcik tu akhirnya kluar dgn cara baik
ReplyDeleteini la salah satu cabaran dalam bidang ni.. antara nak dengan taknak jer.. pengalaman mengajar kita :)
Deleteany update about the previous house owner? really love to know the ending haha. btw saya amat berminat nak mulakan investment dalam rumah lelong ni. Tapi agak risau juga dengan cabaran2 yang bakal dihadapi. So for now, saya cuma banyakkan membaca dan timba ilmu drp pengalaman org lain dulu. Thanks for sharing yr experiences in this blog :)
ReplyDeleteSo far buat xtahu jer dulu sementara nama blum transfer lg... kena la bersabar..
DeleteTq sudi baca blog ni :)