Thursday, August 20, 2015

JV Rumah Lelong

Salam semua.. semenjak dua menjak ni makin banyak pula friend request kat FB.. rupa-rupanya namaku dipetik Abang Ensem. Punya la ramai pengikut dan berpengaruh betul Abang Ensem www.abangensem.com ni hinggakan apa yang dipetik pun akan difollow...AE ada tokoh jadi wakil rakyat... Namun aku rasa bersalah pun ada sebab perkongsian ku terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan blogger2 lain.. Ok untuk pengisian hari ni dan memandangkan kerja hakiki pun tak berapa ada hari ni, maka hari ni aku nak kongsi sikit cerita pasal rumah lelong juga.

Kali ni lain sedikit sebab ni melibatkan JV bukan dikalangan ahli keluarga tetapi dikalangan kawan-kawan FB. Besar betul pengaruh FB ni dalam kehidupan seharian sehinggakan JV pelaburan hartanah pun melalui FB.

Dalam bulan April tahun ni aku telah membuka offer di dalam FB untuk melabur dalam hartanah lelong secara perkongsian ataupun JV. Lepas naik jer post tersebut, berpuluh puluh rakan FB pm untuk minta detail. Aku kemudiannya buka group watsapp untuk sesiapa yang berminat. Setelah tapisan demi tapisan dan penerangan demi penerangan, akhirnya kami bertiga berjumpa face to face untuk penerangan yang lebih detail. Meeting pertama kami bertempat di sebuah kopitiam di Bukit Jalil pada pukul 8:30malam.

Masa tu aku dah shortlist 4 biji rumah dan target untuk bida at least 2 biji.
1) Menara Orkid Apartment
Menara Orkid, Jalan 3/48A, Sentul Perdana, Bandar Baru Sentul, 51000, Kuala Lumpur

2) Tri Court Apartment, Jalan Seri Sentosa 8, Taman Seri Sentosa, 58200, Kuala Lumpur

3) Pinang Apartment
1C Pinang Apartment, Sri Sentosa, Jalan Kelang Lama,
58000, Kuala Lumpur

4) Bukit Baru Apartment
Pangsapuri Bukit Baru, Jalan Keramat Hujung,
54000, Kuala Lumpur

Aku kongsikan proclaimant of sales (POS) dan apa yang penting untuk dititik beratkan dalam persediaan membeli rumah lelong dan apa checklist yang mesti dibuat sebelum, semasa dan selepas lelong.Aku juga dah buat beberapa homework sebelum kami berjumpa contohnya berapa outstanding maintenance fees, berapa initial deposit, berapa market value, berapa kadar sewa semasa, banyak atau kurang supply di lokasi berkenaan dan banyak lagi.Lebih kurang sejam jugalah kami berkampung di kopitiam tu.Itu pun termasuk sessi suai kenal.. Al maklumlah sebelum ni kenal di alam maya saja.

Setelah selesai, aku bagitau kepada rakan yang berminat untuk maklumkan jika confirm atau tidak untuk turut serta. Akhirnya hanya seorang yang betul2 berminat dan seorang lagi tarik diri atas sebab2 peribadi. Maka seperti biasa aku buka offer dikalangan keluarga ku dan memang kujangkakan kakak ku yang sangat supportive bersetuju untuk turut serta sebagai sleeping partner. Maka dengan itu cukuplah 3 orang untuk kami berkongsi pelaburan hartanah lelong.

Pada hari minggu yang berikutnya, aku dan partner ku yang sorang lagi mulakan operasi site visit. Kami pergi ke 4 lokasi tersebut. Bermula dari Jalan Kelang Lama ada 2 rumah yang kami target. Sebuah rumah tingkat bawah ada penghuni keluarga India. Aku cuba ketuk pintu rumah untuk bertanyakan tuan rumah jika mereka tahu rumah mereka akan dilelong tak lama lagi. Namun tiada jawapan. Memandangkan rumah tersebut ditingkat bawah(G), aku boleh jenguk ke dapur rumah dan mendapati ada seorang minachee sedang memasak. Aku cuba tegur dan bertanya pasal rumahnya tapi cepat2 dia cakap "TAK JUAL TAK JUAL"... hahaha.. kelakar pun ada.. Malas nak buang masa aku terus bergerak ke lokasi berikutnya.

Apartment yang berdekatan juga. Masa tu rakan JV pun sudah sampai. Memandangkan itu adalah pertama kali baginya membuat site visit maka aku terangkan apa yang sebenarnya kita buat semasa site visit..Mula-mula aku bawa dia ke peti surat. Pastikan alamat dari POS tu betul. Korek la dalam peti surat tu apa2 yang boleh memberi maklumat contohnya bil TNB, bil air, bil maintenance, surat bank dll... lepas tu letak balik bil2 tu semua... opsss... ini salah ni.. jangan cakap kat orang lain yer.. hihihi

Kemudian kami check meter air samada berjalan atau tak. Dan last sekali kami naik ke tingkat 4 untuk check apa yang ada. Dari luar pintu nampak rumah macam didiami penghuni muslim.. akan tetapi.. meter TNB dan dicabut.. maknanya takde penghuni la ni.. Bagus kalau dapat rumah ni. Kami cuba juga ketuk beberapa kali. Manala tau ada orang kat dalam.. tapi memang takde.. Pintu dan siap bergrill... Dari celah pintu boleh nampak lantai dah ber tiles.. Dalam rumah kami tak nampak sebab design rumah tu takde tingkap dr pintu depan.Hati dan melonjak ria sebab rumah ni takde orang.. kalau memang boleh terus masuk.

Lokasi kami seterusnya ialah ke Sentul. Di notice board apartment tu ada beberapa iklan sewa bilik dan sewa unit.. Jadi dari situ kami dah boleh tahu berapa anggaran sewa semasa.Bila periksa post box.. nampaknya ada orang yang datang lebih awal dari kami. Post box dah kosong.. Amboii.. kot yer pun site visit jangan la ambik semua bil2 tu.Jadi kami tak dapat apa2 maklumat dari post box selain daripada adanya pesaing.

Kami naik ke unit tersebut. Ada rak kasut besar di luar unit.Ada kasut budak2 dan kasut sekolah. Nampaknya unit ni didiami family melayu. Kami cuba ketuk beberapa kali namum tiada jawapan. Dari celah pintu pun tak nampak bayang2.Aku macam berat hati dengan rumah yang dihuni family.

Kami seterusnya ke unit terakhir di Keramat. Lokasi ni betul2 di bandar Kuala Lumpur.Terletak di belakang condo Seri Maya. Berdekatan dengan stesen LRT Jelatek dan Dato Keramat.Aku paling suka unit ni sebab projek Datum Jelatek yang hangat diperkatakan tu hanya beberapa ratus meter dari unit ni.Walaupun Datum Jelatek ni hot dan ramai yang membantah tapi hasil dari site visit kami dapati development terus rancak berjalan.

Setibanya di lokasi kami dapati parking agak padat walaupun ada mutlistorey parking lot yang khas untuk parking sahaja. Kami ke postbox dan mendapati hanya ada bil air tertunggak yang amaunnya tersangat la sedikit. Ini bermakna ada penghuni yang membayar. Apabila kami naik ke unit tersebut kami dapati design rumah ni agak lama. Ada anak tangga dari depan unit ke pintu unit. Ada stiker bunga besar depan pintu. Gaya macam rumah india atau rumah melayu.Kami tak pasti. Pintu dan grill berkunci. Dari celah pintu kami dapati lantai rumah tiada tile. Hanya simen biasa.Tiada apa2 perabot dalam rumah. Nampaknya rumah ni kosong. Kebetulan pula jiran lalu dan kami ambil kesempatan untuk bertanya. Katanya rumah dah kosong. Sebelum ini didiami seorang lelaki melayu. Kami bertanya jika ada rumah yang nak dijual di situ tetapi jiran tak tahu.

Setelah puas melilau lilau dari luar, kami pun turun untuk berbincang. Dan akhirnya kami sepakat untuk bid 2 unit..Unit keramat dan Unit Jln Kelang Lama. Lelong untuk kedua-dua unit ni adalah pada hari yang sama. Sebelah pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk unit Keramat dan sebelah petangnya unit Jalan Klang Lama di Pro Auction House KL.

Untuk lelong mahkamah, pagi2 lagi aku dah sampai kat perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Terus tuju ke bilik lelongan. Rakan JV belum sampai lagi jadi aku proceed buat pendaftaran.Lepas daftar terus pegawai tu suruh aku masuk bilik menunggu. Tidak dibenarkan berpeleseran diluar. Tak macam kat Mahkamah Tinggi Shah Alam.. siap boleh kawtim2 dengan ulat2... hahahaha

Apabila rakan JV ku sampai dia tidak dibenarkan masuk kerana hanya seorang pembida sahaja boleh masuk. Wahhh strict betul lah... tapi dalam masa aku menunggu tu ada la sorang cina ni tegur setiap pembida yang menunggu.. Nak kawtim la tu.. Strict macam mana pun ulat2 tetap dapat menembusi pintu bilik menunggu.. hahahaha

Tiba masa unit Keramat dipanggil.. 5 pembida semuanya.. Hancur harapan untuk dapat RP.Bidaan berjalan tak sampai 10 minit pun.. Harga naik dan naik sehingga ketukan terakhir dan kami menang.. aku missed dari target bidding tapi memandangkan masih below market price, supply sangat kurang dan daripada forecast kenaikan yang masih menguntungkan aku pecah sikit target bid.. Lebih kurang 10% below market price.Kami tunggu sehingga contract siap.. Aku bayar RM100 untuk kos stamping dan kami gerak ke KL untuk bid unit Jln Klang Lama.

Lepas makan tengahari kami terus ke ofis Pro Auction.. Masa kami sampai hanya ada sorang cina dari Johor datang untuk bid unit di JB tapi malangnya unit tu adalah unit bumi.Pada hari tu juga Hafiz Ejen Lelong datang untuk mewakili clientnya. Sempatkan berbual bual dengan Hafiz.Aku kagum betul dengan Hafiz ni. Dialah ejen lelong dan dialah ikon hartanah. He walk the talk.. fuhhh.. kerlas kau piz...

Masa tengah menunggu tu tiba2 datang la ulat.. macam biasa la nak offer.. katanya ada 4 pembida.. dia sanggup nak bayar.. Kami tolak.. dia datang lagi offer yang lebih tinggi... kami tolak lagi.. masih tak putus asa, ejen cina ni datang lagi.. kali ni offernya sangat tinggi.. Aku bincang2 dengan partner JV ku dan lepas dicongak congak.. offer tu dah melebihi dari target bidding kami jika client nya offer amaun yang sama kepada 4 pembida lain.. Maka kami terima offer sebanyak RMxx,xxx.00 itu... Itulah balasan dari mengalah.. bukan kalah tapi mengalah... Mengalah dengan disertakan dengan kira-kira... Akhirnya pembida itu menang dengan RP.. Walaupun dia terpaksa bayar imbuhan yang banyak namum masih sangat berbaloi-baloi kerana sangat2 below market value.. erkkk boleh ke share kisah ni??... hahaha.. rezeki terpijak namanya.. boleh guna utk repair rumah lelong..


fuhhh penat taip.. nanti akan ku sambung lagi kisah pecah rumah pula..
Sementara tu layan la dulu unit2 hasil site visit dan pecah rumah ni...

Wasalam...



tu abam spek putih... hehehe