Sunday, August 18, 2013

Rumah lelong atas tanah - diugut owner (part 6)

Seminggu sebelum raya baru ni aku dapat panggilan dari owner rumah yang aku menang lelong tempoh hari.  Dia mengugut untuk pecahkan rumah jika tak bagi dia duit pampasan sebanyak RM10K. Pelik juga tiba-tiba dia ugut macam tu sebab awal2 dulu dia cakap dia redha dan akan pindah lepas loan aku lulus. Aku agak-agak ni mesti dia rasa sakit hati bila valuer pergi value rumah tu jauh lebih tinggi dari harga lelong. Katanya bank dah aniaya dia sebab lelong rumah tu. Mungkin dia tak faham kenapa bank lelong rumah dia agaknya.
Aku tak cakap banyak sangat. Cuma aku katakan yang aku akan bincang dengan lawyer. Ini dah kira peras ugut. Lawyer advise supaya aku tak bagi duit yang dituntut tu sebab dia tak berhak minta pun. Ada juga aku post kat fb psl hal ni. Rata-rata kawan2 pun bagi advise yang sama dan bagi macam2 pendapat lagi seperti offer dia sedikit wang untuk kos pindah-randah atau pergi berbincang dengan membawa orang tua(mak ayah). Terima kasih semua sebab bagi suggestion dan support.
Sabtu lepas semasa dalam perjalanan hantar mak ayah aku ke klia, aku bawa mereka singgah ke rumah tu. Aku bawa bersama sekeping cek utk dioffer kepada owner rumah tu jika dia bersetuju keluar. Bila sampai kat situ aku dapati rumah berkunci dan dan grill bermangga. Selepas beberapa kali  ketuk pintu masih takde jawapan. Aku ke rumah jiran2 sebelah bertanya khabar. Mengikut kata mereka, owner rumah dah pindah sebelum raya. Mereka tak tahu pindah ke mana sebab owner ni jenis tak bergaul dengan orang. Kata jiran lagi TNB dah cabut meter letrik sebab dia curi letrik dan TNB dapat trace. Dalam hati aku ada sedikit kelegaan. Mungkin owner ni betul2 redha keluar atau dia keluar sebab dah takde bekalan letrik . Apa-apa pun sekurang-kurangnya aku tak perlu fikir macam mana nak suruh dia keluar lagi.

Ketuk-ketul xde orang...


Keesokan harinya aku cuba mesej kat owner dan bertanya jika betul dia dah pindah. Jawapan yang mendukita-citakan yang aku dapat. Dia kata belum pindah dan bertanya bila dia akan dapat wang RM10k. Rupanya owner ni pindah keluar bukan sebab redha tapi mungkin sebab dah takde letrik dan dia masih lagi mengharapkan wang yg dituntutnya tu. Langit kembali mendung…huhuhu..
Niat aku nak bagi sedikit wang ehsan tu pun aku batalkan sebab nampaknya dia beriya-iya nak kan RM10k. Itu adalah tuntutan yang tak sepatutnya.
Maka dengan ini terpaksala aku tunggu sampai betul2 tukar nama baru la boleh ambil tindakan yang seterusnya. Maknanya dalam 2 bulan lagi. Sifu pie pun advise supaya buat tak tahu jer dan jangan contact langsung owner tu. Maka bersabarlah.. Nanti aku update lagi kalau ada apa2 perkembangan. Kacau mood betulah.. Inilah salah satu cabaran beli rumah lelong yang berpenghuni terutamanya dihuni tuan rumah sendiri.

Pandangan dari depan rumah

Grill ni adalah bahagian yg dh extend ke depan

Meter TNB dah kena cabut

Meter air masih ada

Tiles yang perlu repair

Bahagian belakang yang dh extend. Kena touch-up juga ni

Pandangan dari jalan raya



Thursday, August 15, 2013

Ceduk ilmu di seminar Flipping Power.. Memang power

Salam Aidilfitri semua. Nampaknya masih ada lagi yang sedang beraya dikampung sebab jalan smooth jer pagi jumaat ni. Sebelum balik kampung utk beraya minggu lepas, aku sempat menghadirkan diri utk sessi menuntut ilmu bersama sifu Pie dan rakan bisnesnya Bennie. 

Seminar bertajuk Subsale & Flipping Power. Bukannya aku tak tahu step2 jualbeli rumah lelong, subsale mahupun dari developer, tapi  flipping secara hardcore adalah satu ilmu yang aku belum ada lagi. Dan setakat hari ni cuma Pie jer yang terbuka hati nak kongsi rahsia flipping power ni. Rasanya aku adalah antara orang yang terawal register. Nampak jer status fb dia anjur kelas, terus aku bank-in. RM88 untuk ilmu yang boleh digunapakai sehingga boleh menjana income puluhan malah ratusan ribu ringgit. Siapa yang taknak kan?


Bagi aku apa yang paling aku nak tahu ialah tempoh start dari beli hingga lah terjual. Dalam tempoh tu bila kita boleh start jual. Lepas tukar nama ke.. atau sejurus selepas letak booking ke?? Apa dokumen2 yang perlu?.. Apa nak tunjuk kat propect buyer bila kita beli rumah tapi loan kita sendiri belum disburse lagi.. Kalau ikutkan cara konservatif, aku boleh buat pengiraan kasar iaitu Max tempoh beli 4-8 bulan. Max tempoh jual pun 4-8 bulan. Itu bukan flipping hardcore namanya sebab ada aku baca sebuah buku bertajuk Jana income RM30k dalam masa sebulan. Tapi buku tu mengisahkan belian hartanah secara tunai. Teknik Pie ni pulak secara pinjaman perumahan macam biasa dan macam mana boleh flip dalam tempoh yang paling singkat.

Akan aku praktikkan dalam masa terdekat ni. Sekarang aku nak uruskan rumah lelong yg ownernya taknak keluar tu. Bila dah settle yang tu boleh la aku start flipping power ni. Sesapa nak belajar teknik yang pie guna boleh la contact beliau. Maklumat ada dalam blog dia tu.


Selamat hari raya Aidilfitri. Hati2 masa bakar mercun nanti putus jari.