Saturday, November 7, 2009

Forecast ROI 351% rumah low cost

Mari kita kira forecast profit untuk rumah lowcost sri rakyat bukit jalil ...unit ni aku beli lelong dengan reserve price rm52,650...kadang2 ada je nampak iklan lelong sri rakyat rm48k...rm49k...

Market value unit ni ialah rm60k...unit aku ada table top konkrit..ada orang jual rumah ni dengan harga rm65K hingga rm70K...tengok pada condition rumah..oklah aku ambik MV sama seperti valuer kasi iaitu rm60K...Harga asal 6 tahun lepas ialah RM42K...jadi ini bermakna appreciation lebih kurang 40%...

Modal beli rumah ni ialah RM11K..ini termasuk 10% downpayment, legal fees, kos baikpulih dan deposit tnb..Loan dari RHB termasuk mrta ialah RM48K...installment RM218 sebulan...maintenance campur cukai tanah plak dalam rm40 sebulan...

Aku sewakan pada rate rm450 sebulan...jadi pengiraannya begini...

Purchase price : RM52,650
Loan : RM48,000
Modal : RM11,000

Loan Installment bulanan :RM218
Maintenance + cukai tanah + cukai pintu : RM40

Sewa sebulan : RM450

Positive Cash flow : RM192 iaitu...(RM450 - RM218 - RM40)

Katalah selepas 6 tahun dari sekarang value appreciate 20% menjadikan value rumah RM72K...dan katalah kita refinance rumah ni dapat 90%...kita anggar loan principle dah setel RM8k...menjadikan loan tinggal lagi RM40K...

Value after 6 year : RM72,000
Refinance 90% : RM64,800
Loan balance : RM40,000
Cash yg akan dapat ialah : RM64,800,000 - RM40,000 = RM24,800

Total cash flow selepas 6 tahun pula ialah RM192 x 12 bulan x 6 tahun ...bersamaan RM13,824...

Total profit ialah..
Cash selepas refinance : RM24,800
Cashflow : RM13,824

Campur kedua-duanya dapatla RM38,624 selepas 6 tahun....
ROI selepas 6 tahun pula ialah (Profit / Modal)%
= RM38,624 / RM11,000 %
= 351.13%

Ini bersamaan dengan 58.52% profit setahun....iaitu (351.13% / 6 tahun)...walaaaweyyy....banyak tuuuu.....

Ini pengiraan secara paling conservative...market value selepas 6 tahun aku letak RM72K jer...sedangkan kat belakang sri rakyat ni dah ada plan utk bina stesen lrt star...dbkl dah datang 2-3 kali buat banci pendapat penduduk...in fact sekarang pun dah ada orang jual dengan harga RM70K...so selepas 6 tahun tak mustahil value naik lebih dari RM72K...

Untung 58% setahun dan the best part ialah rumah ni adalah freehold...Ni baru rumah low cost...medium cost dan high cost lagi syiook forecast....bleh nampak unrealised profit...bila tiba masa yg sesuai realised kan saja profit tu....

22 comments:

  1. jaa,
    kalau ada org nak jual rumah sri rakyat harga dalam 60k ++ tu kabo kat aku ek, td aku tgk rumah area tu menarik la...

    ReplyDelete
  2. ok no problem...dalam the star hari ni ada iklan nak jual rm72K...agak mahal ler tu..maybe rumah tu ada kitchen cabinet..

    ReplyDelete
  3. Ja..bgtau Wida gak ye..aiseh..

    ReplyDelete
  4. tu kat mudah.com ada org nak jual sri rakyat rm58K....murah sesangat tu..

    ReplyDelete
  5. Ja,
    Kat mudah tu rm68k ke 58k? Tak jumpa pun yang 58. Boleh ke rumah sub-sale kawasan tu untuk orang income >2.5k. Kalau lelong tak de problem rasanya, cuma takut sub-sale. Senang ke nak cari penyewa kat situ? Tq
    -Nizam-

    ReplyDelete
  6. ada sri rakyat RM58 kat sini http://www.mudah.my/Sri-rakyat-flat-bukit-jalil-4337747.htm

    Penyewa senang sesangat....iklan kat mudah mlm ni...pagi esok dah berduyun-duyun orang call...

    Syarat kena income <2.5k for sub-sales...tapi bleh double confirm dengan dbkl..cuba call pn noraini dbkl jalan bandar 03-26176107..

    ReplyDelete
  7. Ja,Tq, rasanya tak lepas untuk sub-sale. Kena tunggu rumah lelong jugak la kalau macam tu. Kalau ada come-across nanti, tolong inform ye.
    Nizam

    ReplyDelete
  8. ada nampak papan tanda lelong sri rakyat rm49K....baru jer letak tu kot...

    ReplyDelete
  9. Menarik ni, kat mana Ja, papan tanda tu? Kat area flat tu ke? Kalau Ja boleh tolong e-mail kat saya nombornya, tu pun kalau Ja memang lalu ikut tempat papan tanda tu la. Tqvm for sharing.
    niezameusoff@yahoo.com

    ReplyDelete
  10. balik keje esok sy tgk kan nombor agent tu...tadi drive laju x sempat tgk...sambil2 tu try la google...kot2 bleh tau sapa auctionernyer...atau bank mana...

    ReplyDelete
  11. Tq ja, dah cuba google setakat ni tak dapat lagi. Belum masuk web lagi kot.
    -nizam-

    ReplyDelete
  12. nizam...nombor agent yg tampal iklan rumah lelong tu 012-4211051

    ReplyDelete
  13. Tqvm Ja, nanti saya try call.
    -Nizam-

    ReplyDelete
  14. Dah lepas tarikh la unit tu...

    ReplyDelete
  15. oh ye ke...takpe2..nanti kalau saya nampak lagi saya bgtau..

    ReplyDelete
  16. very derr enthusiasticnyerrr.. ehehe, salamm

    ReplyDelete
  17. Salam Cik Ja..sy rs ada salah typing dkt 64,800,000 - xpayah reveal this comment bereh xdophal..btw tq enjoy sy bc blog ni..

    ReplyDelete
  18. Ja semangat tu nak type ROI berapa..
    tu dlm kepala keluar 64.8 juta...

    peerrghh..masyuuk

    tuanbri.com

    ReplyDelete
  19. Nak tanya, sesape je ke boleh beli low-cost? I thot ada restriction dr segi income level? Tgk yr blog, u beli low cost and casa 2, camana tu?

    ReplyDelete
  20. Mat Utie...tima kasih inform pasal typo tu..hehe...macam Tuan Bri cakap, ter'over' exited..

    Anyway, tima kasih sudi singgah blog ni...lama dah tak update. Ni nak start update balik..

    ReplyDelete
  21. Anonymous ...memang ada syarat untuk beli low cost flat..saya pun guna nama kakak yg dah kahwin...tapi masa gi talk dari lawyer anjuran PMC2020 baru tau kalau low cost flat yg dilelong, semua restriction tu void...

    ReplyDelete