Friday, July 24, 2015

Rumah lelong di Prima Damansara 2015

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya.. Dah setahun x jenguk blog.. Harini tiba2 terjumpa password. Maaflah.. dah lama menyepi dari blog. Sekarang lebih mudah update status pendek2 kat fb.. hehehe

OKla untuk posting kali ni aku nak cerita sikit pasal pembelian rumah lelong pada bulan January tahun ni, 2015.. Unit ni dilelong di CIMB mega auction Hotel Istana. Sebenarnya unit yang aku target dah call off.. Alang2 dah bawa bank draft aku cuba la bid rumah shop apartment ni jugak.. memang betul2 gamble sebab tak buat site visit.. tak tahu berapa bil tertunggak.. tak tahu ada penghuni ke tak.. apa2 pun tak tahu.. Yang aku tahu lokasi d'Aman home ni bersebelahan Sphere Damansara yang masih dalam construction.. Google sikit2 pasal d'Aman home tapi tak banyak info.Ada la orang nak jual dengan harga RM180k...Sewa pula sekitar RM650-rm800

Reserve price unit ni ialah RM80k.. Aku target nak bid sampai rm120k jer.. congak2 kalau RM120k monthly dalam RM600.. Lepas Sphere Damansara tu siap mesti naik lagi harganya.. Sepatutnya bank draft ialah RM8k tapi bank draft aku RM9k sebab unit yang aku target sebenarnya berharga RM90k.. Auctioneer terima..

Bidder unit ni pada hari tu ialah 3 orang.. Ketukan terakhir aku yang menang dengan harga RM116k.. ok la.. still below asking price kawasan tu.. settle sign contract, petang tu jugak aku pegi visit rumah.. Ianya ialah shop apartment berkeluasan 786sf.. Tingkat 2.. 1 level ada 3 pintu.. Sebelah pintu aku tu adalah unit rumah yang diconvert jadi office.. Kat ground floor ialah showroom toyota.. Yang paling best rumah ni kosong... takde penghuni.. Niat nak pecah masuk pada hari tu x kesampaian sebab solek yg digunakan sangat tebal dan pintu kayu pun dikunci dengan tombol yang susah nak bukak.. tombol mahal.. Maka aku minta bantuan sepupu ku yang kebetulan tinggal di damansara damai... Keesokan harinya solex, grill dan pintu kayu berjaya di buka...

Rumah dah dikosongkan.. takde sampah langsung.. tapi dinding nampak dah usang.. owner lama juga ada tinggalkan aircond.. Api dan air masih ada.. bil api air tertunggak pun sikit jer tak sampai RM100...

Setelah kira2 dibuat, apa yang perlu dibaiki hanyalah paip air,mentol2 lampu yang tak menyala dan kipas yang tinggal cangkuk jer..Lepas tu nak kena cat bagi nampak segar sikit..

Memandangkan kerja2 repair dan pembersihan ni hanya boleh dilakukan pada hari minggu sebab komitment kerja, masa 1 minggu terbuang.. pada hujung minggu berikutnya aku pergi ke sana dengan cat, lampu, kipas, penyapu dan sebagainya.. niatnya nak bersihkan dulu dan upah orang repair dan cat...

Sedang aku asyik mengangkut barang2 tu naik, ada seorang pemuda tegur aku untuk tolong angkat barang. Borak punya borak dia cakap dia adalah owner bengkel di blok sebelah.. Dia mmg dah lama cari rumah sewa kat situ sbb mudah keluarganya ulang alik.. Muda lagi orangnya.. anak dua.. wife kerja di Sphere Damansara tu jer.. lintas jalan jer dari rumah ni...

Setelah berbincang, pemuda ni bersetuju untuk menyewa dan menawarkan diri utk repair dan cat sendiri rumah tersebut memandangkan dia ada beberapa orang pekerja dari bengkelnya sendiri..

Setelah seminggu, unit tersebut siap dan mereka sekeluarga pindah masuk.. Betapa mudahnya urusan rumah ni.. Installment bank pun belum mula bayar lagi.. Sewa dah masuk.. Syukur dipermudahkan...

Setakat hari ni, loan dah disburse dan installment dah start.. penyewa pula bayar tepat2 7hb setiap bulan.. bersamaan closing account bengkelnya.. Aku doakan biz dia akan bertambah maju dan terus menyewa sehingga ku jual kelak...

Sedikit pengiraan:-
Harga Reserve: RM80K
Harga menang: RM116K
Bank value : RM150k
Bermakna aku dah beli dengan harga RM34k dibawah nilai pasaran.

Downpayment: RM11,600
Kos repair dan cat : RM2k
Kos lawyer POS: RM3,400
Kos lawyer loan: RM2,700

Total kos: RM19,700

Installment: RM580
Maintenance fee: RM30
Rental: RM650
Cash flow : RM40 jer..

oklah asalkan ada orang tolong bayarkan installment.. Sebenarnya aku boleh sewakan sehingga RM800 tetapi nak kena furnish dan promote lagi.. Tak apalah.. kita permudahkan urusan orang lain dan urusan kira juga dipermudahkan.. Dan Alhamdulillah penyewa ni sangat bertanggungjawab.. bayar sewa tak pernah awal x pernah lewat.. dah la dia yang repair dan cat sendiri rumah tu sehingga jadi cantik sangat..

Target utk hold rumah ni selama 2 tahun.. ngam2 Sphere Damansara tu siap aku akan jual...

Sila layan gambar2 sebelum dan selepas..

SEBELUM....

SEMASA KERJA2 REPAIR DAN CAT....


SELEPAS....

Friday, March 7, 2014

Jual rumah sediakan Letter of Intent to Purchase

Salam. Ini kiranya post pertama dalam tahun 2014 ni. Punya la takde masa nak update blog (**alasan)

Tahun ni target nak tuai sebijik n semai 2 bijik property.InsyaAllah kalau takde aral.. Boleh jugak guna duit tu untuk enjoy sikit2.. hahaha.. pastu nak hulur sikit kat kakak aku pasal guna nama dia utk buat loan dulu. Kengkonon JV la .. JV adik-beradik takde berkira-kira sangat.. kan?

Kali ni aku jual unit ni sendiri jer. Tak jauh dari rumah dan tak jauh dari ofis. Kat Sri Rakyat Bukit Jalil. Jadi senang kalau ada prospect buyer nak view. Kalau jauh2 memang lantik agent jer senang.

Tak lama lepas advertise dalam mudah.my aku dapat beberapa panggilan dan aku bawak view unit ni. 2 orang offer nak beli cash. Banyak betul duit diorang ni. Yang paling aku rasa tertarik nak jual ialah kat sorang pompuan chinese ni pasal umah mak dia sebelah umah aku tu. Dia pun beriya-iya benar nampaknya. Aku hold dulu tak bagi kata putus sebab dia mintak discount banyak jugak. Seminggu lepas tu... iaitu semalam dia message lagi dan agree dengan price aku. Nak bayar cash pulak tu.

DEAL!!.. pagi tadi dia post cheque deposit 3% kat lawyer aku.Memandangkan aku tak pakai agent, maka aku sediakan la surat ringkas berkenaan penjualan umah tu. Nanti kang takde black n white susah pulak dikemudian hari. Lagipun bagus untuk rekod sendiri.

Kalau nak copy letter ni ambiklah..sharing is caring.. hehehe.. hopefully transaction ni smooth jer.. sementara tu boleh la sibuk-sibukan diri teropong hot area mana nak semai pulak ni



Monday, December 30, 2013

Rumah lelong atas tanah - sebelum dan selepas baikpulih (part 8)

Salam semua. Rasanya dah agak basi entry ni sebab rumah ni sudah pun masuk bulan kedua disewa. Tapi takpelah.Aku nak cerita juga rentetan kisahnya.

Aku dapatkan 2 quotation dari 2 kontraktor. Ternyata quotation Mr Wong jauh lebih murah dari yang 1 lagi tu. Aku berurusan dengan Mr Wong sejak tahun 2009 lagi. Dah tahu cara kerjanya. Setelah bernego-nego dengan Mr Wong, maka aku pun bersetuju dengan quotation yang diberikan. Skop renovation ialah:


1. Porch
1.1 Ikat batu dan pasang gate
1.2 Tukar tiles yang pecah
1.3 Simen lantai diluar gate
1.4 Angkat bumbung + pasang siling

2. Dapur
2.1 Tukar pintu kayu dan frame
2.2 Pasang grill
2.3 Tukar tiles tabletop yang pecah
2.4 Pasang siling
2.5 Repair bumbung bocor

3. Bilik bawah
3.1 Ikat batu untuk buat bilik baru
3.2 Pasang tingkap nako
3.3 Pecah dinding jalan ke dapur
3.4 Tutup saluran paip dengan plaster siling

4. Bilik air(dapur)
4.1 Pasang tiles dinding dan lantai
4.2 Tukar pintu dan frame

5. Bilik air atas
5.1 Pasang tiles dinding dan lantai
5.2 Pecahkan pool batu
5.3 Pasang toilet set baru
5.4 Repair paip bocor dalam dinding

6. Bilik master atas
6.1 Buang partition kayu
6.2 Ikat dinding batu
6.3 Pasang pintu + frame

7. Bilik medium atas
7.1 Buang partition kayu
7.2 Ikat dinding batu
7.3 Pasang pintu + frame

8. Lain-lain
8.1 Lori angkut sampah
8.2 Repair dinding bilik master yang retak
8.3 Simen siling yang pecah(dapur)
8.4 Cat dalam rumah bhgn rosak dan dinding baru

Aku senaraikan semuanya dengan jelas supaya tidak jadi masalah dengan kontraktor dikemudian hari. Jadi bila Mr Wong sediakan quotation, ia berdasarkan list yang aku bagi kat dia.

Aku minta Mr Wong siapkan sebelum bulan December sebab aku nak dapatkan penyewa bagi bulan December memandang aku dah kena start bayar installment kat bank. Setiap hujung minggu aku akan pergi check progress. Memang laju dan kemas kerjanya. Takde sepah2 langsung.

Tengok gambar2 sebelum renovation. Kalau tengokkan toilet tu memang tak lalu langsung nak masuk. Macam mana la agaknya owner lama ni hidup dengan keadaan toilet macam tu.




Dinding yang rosak akibat resapan air dari bilik air

Pintu dapur dah kopak..

operasi pecah masuk..

rumah takde pagar.. jiran2 tumpang park motor dengan selamba..


Ini pula gambar2 semasa renovation.













Ni pula gambar2 selepas renovation. Menurut Mr Wong, setiap orang yang lalu lalang pasti minta izin dengan dia nak masuk tengok. Bagi aku bahagian yang paling cun ialah pagar dan gate tu dan itu jugalah yang memikat ramai orang nak sewa. Sebelum renovation siap, aku dah iklankan kat mudah dan terima banyak permintaan.








Dan aku sewakan dengan kadar RM700 sebulan dengan security deposit 2 bulan dan deposit utility RM300. Bulan lepas ada 2 orang offer nak beli dengan cash.. fuyoo.. sabar2.. aku nak peram dulu barang setahun dua..


Wednesday, October 2, 2013

Lelong di Mahkamah Shah Alam

Hari ni 2hb Oct aku masuk auction lagi. Kali ni di mahkamah Shah Alam. Awal-awal lagi aku dah gerak dari rumah tapi sangkut jugak dalam jem di LDP. Dahla bawak keta manual arini.Sakit kaki tekan clutch. Pukul 9am masih lagi tak sampai tol sunway. Tepat 9:35am aku sampai di bilik lelongan.Orang dah ramai berkumpul.

Aku bernasib baik sebab masih dibenarkan untuk register. Tapi muka pendaftar tu memang masam habis. Dah siap isi borang tetiba dia tanya mana surat beranak kakak aku memandangkan kali ni aku pinjam nama kakak.. aiseymannnn. Kenapa tiba-tiba nak surat beranak pulak.Dalam POS kata nak ic dan surat wakil jer. Katanya ramai orang boleh cakap adik beradik sebab tu nak surat beranak. Aku terangkan kat dia ic aku dengan kakak tu kan sama binti dan sama alamat pulak tu. Aku terpaksa juga tunggu sebab dia nak dapatkan kebenaran "tuan". Okla.. aku tunggu jer.Kalau ada rezeki ada la.

Masa aku menunggu kt luar bilik lelong tu, ada 2 rumah di announce call-off. Nasib baik bukan unit yang aku nak bid ni. Aku dapat lihat majoriti orang yang datang ni ialah chinese. Mungkin ramai2 ni agent kot. Ada la 2-3 orang indian dan 4-5 orang melayu.

Pukul 11am masih belum tak start lagi. Ramai orang keluar masuk bilik lelongan.Mungkin lawyer.. autioneer atau pembida..

Tak lama lepas tu unit pertama dipanggil masuk. Unit aku la tu. Auctioneer membaca nama-nama pembida. 12 orang kesemuanya termasuk aku. Mak datukkk ramainya.. harapan menjadi layu la ni.
Reserve price RM80K.. Bidaan bermula dengan RM100K dan setiap kenaikan ialah RM10k.. mak datukkk.. 3 kali bidding dan last sekali RM130k dimenangi oleh seorang lelaki india.

Aku dah study unit ni sejak 2 minggu lepas. Ini rumah teres 2 tingkat low cost di Kajang Permai. Unit basic. Dah setahun tiada penghuni. Owner asal tinggal di KL. Bank value RM120k - RM130k. Asking price cecah rm170k. Kawasan ni memang strategik sebab sangat dekat dengan bandar Kajang. Kebanyakan penduduk bekerja di Hospital Kajang. Kadar sewa pula dalam RM600 - RM800 depend pada keadaan rumah.

Oleh kerana value dah melebihi limit yang aku tetapkan, maka aku let go saja. Kecewa memang kecewa tapi banyak lagi rumah-rumah lain yang boleh cuba lepas ni. Masuk lelong ni kena kawal emosi. Kalau ikut nak menang jer memang merugikan diri akhirnya.Inilah yang dikatakan "untung sabut timbul.. untung batu tenggelam.."

kawasan nampak bersih.. takde lalang atau sampah sarap

Bilik lelongan Mahkamah Tinggi Shah Alam

Ada yang kecewa bila unit mereka call-off last minute

Lelongan bakal berlangsung

Dah kalah collect balik la bank draf.. cuba lagi lepas ni :)

Untuk pengetahuan korang, kawal emosi di bilik lelong adalah salah satu topik didalam ebook Sifu Rumah Lelong. Ilmu tu penting dalam apa saja pelaburan.. bacalah Sifu Rumah Lelong