Monday, December 30, 2013

Rumah lelong atas tanah - sebelum dan selepas baikpulih (part 8)

Salam semua. Rasanya dah agak basi entry ni sebab rumah ni sudah pun masuk bulan kedua disewa. Tapi takpelah.Aku nak cerita juga rentetan kisahnya.

Aku dapatkan 2 quotation dari 2 kontraktor. Ternyata quotation Mr Wong jauh lebih murah dari yang 1 lagi tu. Aku berurusan dengan Mr Wong sejak tahun 2009 lagi. Dah tahu cara kerjanya. Setelah bernego-nego dengan Mr Wong, maka aku pun bersetuju dengan quotation yang diberikan. Skop renovation ialah:


1. Porch
1.1 Ikat batu dan pasang gate
1.2 Tukar tiles yang pecah
1.3 Simen lantai diluar gate
1.4 Angkat bumbung + pasang siling

2. Dapur
2.1 Tukar pintu kayu dan frame
2.2 Pasang grill
2.3 Tukar tiles tabletop yang pecah
2.4 Pasang siling
2.5 Repair bumbung bocor

3. Bilik bawah
3.1 Ikat batu untuk buat bilik baru
3.2 Pasang tingkap nako
3.3 Pecah dinding jalan ke dapur
3.4 Tutup saluran paip dengan plaster siling

4. Bilik air(dapur)
4.1 Pasang tiles dinding dan lantai
4.2 Tukar pintu dan frame

5. Bilik air atas
5.1 Pasang tiles dinding dan lantai
5.2 Pecahkan pool batu
5.3 Pasang toilet set baru
5.4 Repair paip bocor dalam dinding

6. Bilik master atas
6.1 Buang partition kayu
6.2 Ikat dinding batu
6.3 Pasang pintu + frame

7. Bilik medium atas
7.1 Buang partition kayu
7.2 Ikat dinding batu
7.3 Pasang pintu + frame

8. Lain-lain
8.1 Lori angkut sampah
8.2 Repair dinding bilik master yang retak
8.3 Simen siling yang pecah(dapur)
8.4 Cat dalam rumah bhgn rosak dan dinding baru

Aku senaraikan semuanya dengan jelas supaya tidak jadi masalah dengan kontraktor dikemudian hari. Jadi bila Mr Wong sediakan quotation, ia berdasarkan list yang aku bagi kat dia.

Aku minta Mr Wong siapkan sebelum bulan December sebab aku nak dapatkan penyewa bagi bulan December memandang aku dah kena start bayar installment kat bank. Setiap hujung minggu aku akan pergi check progress. Memang laju dan kemas kerjanya. Takde sepah2 langsung.

Tengok gambar2 sebelum renovation. Kalau tengokkan toilet tu memang tak lalu langsung nak masuk. Macam mana la agaknya owner lama ni hidup dengan keadaan toilet macam tu.




Dinding yang rosak akibat resapan air dari bilik air

Pintu dapur dah kopak..

operasi pecah masuk..

rumah takde pagar.. jiran2 tumpang park motor dengan selamba..


Ini pula gambar2 semasa renovation.













Ni pula gambar2 selepas renovation. Menurut Mr Wong, setiap orang yang lalu lalang pasti minta izin dengan dia nak masuk tengok. Bagi aku bahagian yang paling cun ialah pagar dan gate tu dan itu jugalah yang memikat ramai orang nak sewa. Sebelum renovation siap, aku dah iklankan kat mudah dan terima banyak permintaan.








Dan aku sewakan dengan kadar RM700 sebulan dengan security deposit 2 bulan dan deposit utility RM300. Bulan lepas ada 2 orang offer nak beli dengan cash.. fuyoo.. sabar2.. aku nak peram dulu barang setahun dua..


Wednesday, October 2, 2013

Lelong di Mahkamah Shah Alam

Hari ni 2hb Oct aku masuk auction lagi. Kali ni di mahkamah Shah Alam. Awal-awal lagi aku dah gerak dari rumah tapi sangkut jugak dalam jem di LDP. Dahla bawak keta manual arini.Sakit kaki tekan clutch. Pukul 9am masih lagi tak sampai tol sunway. Tepat 9:35am aku sampai di bilik lelongan.Orang dah ramai berkumpul.

Aku bernasib baik sebab masih dibenarkan untuk register. Tapi muka pendaftar tu memang masam habis. Dah siap isi borang tetiba dia tanya mana surat beranak kakak aku memandangkan kali ni aku pinjam nama kakak.. aiseymannnn. Kenapa tiba-tiba nak surat beranak pulak.Dalam POS kata nak ic dan surat wakil jer. Katanya ramai orang boleh cakap adik beradik sebab tu nak surat beranak. Aku terangkan kat dia ic aku dengan kakak tu kan sama binti dan sama alamat pulak tu. Aku terpaksa juga tunggu sebab dia nak dapatkan kebenaran "tuan". Okla.. aku tunggu jer.Kalau ada rezeki ada la.

Masa aku menunggu kt luar bilik lelong tu, ada 2 rumah di announce call-off. Nasib baik bukan unit yang aku nak bid ni. Aku dapat lihat majoriti orang yang datang ni ialah chinese. Mungkin ramai2 ni agent kot. Ada la 2-3 orang indian dan 4-5 orang melayu.

Pukul 11am masih belum tak start lagi. Ramai orang keluar masuk bilik lelongan.Mungkin lawyer.. autioneer atau pembida..

Tak lama lepas tu unit pertama dipanggil masuk. Unit aku la tu. Auctioneer membaca nama-nama pembida. 12 orang kesemuanya termasuk aku. Mak datukkk ramainya.. harapan menjadi layu la ni.
Reserve price RM80K.. Bidaan bermula dengan RM100K dan setiap kenaikan ialah RM10k.. mak datukkk.. 3 kali bidding dan last sekali RM130k dimenangi oleh seorang lelaki india.

Aku dah study unit ni sejak 2 minggu lepas. Ini rumah teres 2 tingkat low cost di Kajang Permai. Unit basic. Dah setahun tiada penghuni. Owner asal tinggal di KL. Bank value RM120k - RM130k. Asking price cecah rm170k. Kawasan ni memang strategik sebab sangat dekat dengan bandar Kajang. Kebanyakan penduduk bekerja di Hospital Kajang. Kadar sewa pula dalam RM600 - RM800 depend pada keadaan rumah.

Oleh kerana value dah melebihi limit yang aku tetapkan, maka aku let go saja. Kecewa memang kecewa tapi banyak lagi rumah-rumah lain yang boleh cuba lepas ni. Masuk lelong ni kena kawal emosi. Kalau ikut nak menang jer memang merugikan diri akhirnya.Inilah yang dikatakan "untung sabut timbul.. untung batu tenggelam.."

kawasan nampak bersih.. takde lalang atau sampah sarap

Bilik lelongan Mahkamah Tinggi Shah Alam

Ada yang kecewa bila unit mereka call-off last minute

Lelongan bakal berlangsung

Dah kalah collect balik la bank draf.. cuba lagi lepas ni :)

Untuk pengetahuan korang, kawal emosi di bilik lelong adalah salah satu topik didalam ebook Sifu Rumah Lelong. Ilmu tu penting dalam apa saja pelaburan.. bacalah Sifu Rumah Lelong

Saturday, September 28, 2013

Rumah lelong atas tanah - hitung kos baikpulih (part 7)

Salam semua. Lamanye tak update blog. Ni gara-gara accident tempoh hari.. terus mandom jer blog ni. Keta pun masih lagi kat workshop. Apa-apa pun aku harap keta aku cepat siap untuk aku balik beraya haji nanti.

Berbalik kepada cerita rumah auction. Lebih kurang sebulan lepas aku diugut owner lama supaya bayar RM10k kat dia. Atas perhitungan sendiri, nasihat dari sifu2 dan dari lawyer, aku tak layan ugutan dia. Buat masa ni aku hanya tunggu sehingga loan disburse.

Pun begitu aku rajinkan diri menelefon bank yang lelong rumah ni. Aku korek rahsia berapa sebenarnya outstanding loan owner lama. Manala tau kot2 dia pun sebenarnya dapat untung hasil lelongan ni… ataupun masih banyak lagi yang tertunggak walaupun dah terlelong dan menyebabkan dia peras ugut aku. Korek punya korek rupanya takdela banyak sangat. Cuma bayaran lawyer jer yang dia perlu langsaikan. Nak ambik untung atas angin rupanya owner lama ni. Sudahlah kita tolong dia langsaikan hutang, lagi dia nak peras ugut. Ada ke patut.

Minggu lepas aku ronda-ronda kawasan BBST, jadi singgah sekejap tengok keadaan rumah tu. Lagipun rumah tu dah jadi tanggungjawab aku sekarang. Sempat aku berborak dengan jiran-jiran. Kata mereka, owner lama dah pindah dan tak jenguk2 langsung lagi rumah tu. Aku dapati grill masih terkunci tapi pintu kayu utama tak berkunci. Memang dah kosong betul rumah tu. Alhamdullillah takde kerosakan yang teruk. Rumah nampak cantik dan cat masih baru. Tangga ke tingkat atas pun nampak cantik. Siap siling kapur lagi.

Aku berhitung-hitung apa yang perlu touch-up kat rumah ni:
1) Bumbung porch tukar baru supaya nampak lebih menarik
2) Pasang gate
3) Tukar tiles kat porch yang dah pecah2
4) Tukar pintu belakang dan pasang grill
5) Cat bahagian belakang rumah
6) Wiring kalau2 ada yang rosak
Secara kasarnya aku anggarkan tak lebih dari RM5k.
Harap2 loan disburse dalam bulan ni jugak. So bulan depan dah bleh start repair.


cat nampak masih baru.. siling kapur nampak kemas.. cuma lampu main hall kena beli baru tu


tangga asal memang sempoi dan diperbuat dr kayu.. ini dh dibina tangga batu yg cantik dan kemas

ni bahagian living room yang dh extend ke depan.. pintu sliding tu pun baru.. sepah sikit2 tu biasa la umah lelong

Sunday, August 18, 2013

Rumah lelong atas tanah - diugut owner (part 6)

Seminggu sebelum raya baru ni aku dapat panggilan dari owner rumah yang aku menang lelong tempoh hari.  Dia mengugut untuk pecahkan rumah jika tak bagi dia duit pampasan sebanyak RM10K. Pelik juga tiba-tiba dia ugut macam tu sebab awal2 dulu dia cakap dia redha dan akan pindah lepas loan aku lulus. Aku agak-agak ni mesti dia rasa sakit hati bila valuer pergi value rumah tu jauh lebih tinggi dari harga lelong. Katanya bank dah aniaya dia sebab lelong rumah tu. Mungkin dia tak faham kenapa bank lelong rumah dia agaknya.
Aku tak cakap banyak sangat. Cuma aku katakan yang aku akan bincang dengan lawyer. Ini dah kira peras ugut. Lawyer advise supaya aku tak bagi duit yang dituntut tu sebab dia tak berhak minta pun. Ada juga aku post kat fb psl hal ni. Rata-rata kawan2 pun bagi advise yang sama dan bagi macam2 pendapat lagi seperti offer dia sedikit wang untuk kos pindah-randah atau pergi berbincang dengan membawa orang tua(mak ayah). Terima kasih semua sebab bagi suggestion dan support.
Sabtu lepas semasa dalam perjalanan hantar mak ayah aku ke klia, aku bawa mereka singgah ke rumah tu. Aku bawa bersama sekeping cek utk dioffer kepada owner rumah tu jika dia bersetuju keluar. Bila sampai kat situ aku dapati rumah berkunci dan dan grill bermangga. Selepas beberapa kali  ketuk pintu masih takde jawapan. Aku ke rumah jiran2 sebelah bertanya khabar. Mengikut kata mereka, owner rumah dah pindah sebelum raya. Mereka tak tahu pindah ke mana sebab owner ni jenis tak bergaul dengan orang. Kata jiran lagi TNB dah cabut meter letrik sebab dia curi letrik dan TNB dapat trace. Dalam hati aku ada sedikit kelegaan. Mungkin owner ni betul2 redha keluar atau dia keluar sebab dah takde bekalan letrik . Apa-apa pun sekurang-kurangnya aku tak perlu fikir macam mana nak suruh dia keluar lagi.

Ketuk-ketul xde orang...


Keesokan harinya aku cuba mesej kat owner dan bertanya jika betul dia dah pindah. Jawapan yang mendukita-citakan yang aku dapat. Dia kata belum pindah dan bertanya bila dia akan dapat wang RM10k. Rupanya owner ni pindah keluar bukan sebab redha tapi mungkin sebab dah takde letrik dan dia masih lagi mengharapkan wang yg dituntutnya tu. Langit kembali mendung…huhuhu..
Niat aku nak bagi sedikit wang ehsan tu pun aku batalkan sebab nampaknya dia beriya-iya nak kan RM10k. Itu adalah tuntutan yang tak sepatutnya.
Maka dengan ini terpaksala aku tunggu sampai betul2 tukar nama baru la boleh ambil tindakan yang seterusnya. Maknanya dalam 2 bulan lagi. Sifu pie pun advise supaya buat tak tahu jer dan jangan contact langsung owner tu. Maka bersabarlah.. Nanti aku update lagi kalau ada apa2 perkembangan. Kacau mood betulah.. Inilah salah satu cabaran beli rumah lelong yang berpenghuni terutamanya dihuni tuan rumah sendiri.

Pandangan dari depan rumah

Grill ni adalah bahagian yg dh extend ke depan

Meter TNB dah kena cabut

Meter air masih ada

Tiles yang perlu repair

Bahagian belakang yang dh extend. Kena touch-up juga ni

Pandangan dari jalan raya



Thursday, August 15, 2013

Ceduk ilmu di seminar Flipping Power.. Memang power

Salam Aidilfitri semua. Nampaknya masih ada lagi yang sedang beraya dikampung sebab jalan smooth jer pagi jumaat ni. Sebelum balik kampung utk beraya minggu lepas, aku sempat menghadirkan diri utk sessi menuntut ilmu bersama sifu Pie dan rakan bisnesnya Bennie. 

Seminar bertajuk Subsale & Flipping Power. Bukannya aku tak tahu step2 jualbeli rumah lelong, subsale mahupun dari developer, tapi  flipping secara hardcore adalah satu ilmu yang aku belum ada lagi. Dan setakat hari ni cuma Pie jer yang terbuka hati nak kongsi rahsia flipping power ni. Rasanya aku adalah antara orang yang terawal register. Nampak jer status fb dia anjur kelas, terus aku bank-in. RM88 untuk ilmu yang boleh digunapakai sehingga boleh menjana income puluhan malah ratusan ribu ringgit. Siapa yang taknak kan?


Bagi aku apa yang paling aku nak tahu ialah tempoh start dari beli hingga lah terjual. Dalam tempoh tu bila kita boleh start jual. Lepas tukar nama ke.. atau sejurus selepas letak booking ke?? Apa dokumen2 yang perlu?.. Apa nak tunjuk kat propect buyer bila kita beli rumah tapi loan kita sendiri belum disburse lagi.. Kalau ikutkan cara konservatif, aku boleh buat pengiraan kasar iaitu Max tempoh beli 4-8 bulan. Max tempoh jual pun 4-8 bulan. Itu bukan flipping hardcore namanya sebab ada aku baca sebuah buku bertajuk Jana income RM30k dalam masa sebulan. Tapi buku tu mengisahkan belian hartanah secara tunai. Teknik Pie ni pulak secara pinjaman perumahan macam biasa dan macam mana boleh flip dalam tempoh yang paling singkat.

Akan aku praktikkan dalam masa terdekat ni. Sekarang aku nak uruskan rumah lelong yg ownernya taknak keluar tu. Bila dah settle yang tu boleh la aku start flipping power ni. Sesapa nak belajar teknik yang pie guna boleh la contact beliau. Maklumat ada dalam blog dia tu.


Selamat hari raya Aidilfitri. Hati2 masa bakar mercun nanti putus jari.



Thursday, July 25, 2013

Rumah subsale below MV - dah beli tapi sewa dulu

Rumah teres single storey yang aku berjaya beli 20% below MV tu masih lagi dalam proses. Memandangkan rumah tu dah dikosongkan penyewa 2 bulan lepas, aku request dari onwer untuk menyewa dari dia. At least boleh kemaskan atau renovate apa-apa yang patut. Owner bersetuju sewakan kat aku dengan kadar yg sangat2 murah. Lebih kurang separuh dari installment yang aku bakal bayar kat bank nanti.


Owner ni chinese.So rumah ni bukan bumi lot. Dia ada company yang jual lori kecil dan van di Jln Klang Lama. Tu pun aku tahu masa pergi ambil kunci rumah dari dia kat office nya . Katanya rumah yang aku beli tu dah lama dia nak let go.. Dia pernah offer kat penyewa sebelum ni tapi penyewa tu putus tunang dan tak jadi beli. Ada 1 lagi apartment kat desaminium yang dia nak let go jugak masa tu. Below MV jugak tapi aku prefer landed. Aku agak2 la dia ni mesti nak tambah modal dia bisnes tu kot. Pasal tu nak let go cepat2. Selepas dia repair pipe leaking dan point2 elektrik yang rosak, aku pun pindah masuk.

Agak jimat la aku 2-3 bulan ni sebab kadar sewa yg owner offer tu sangat murah. Mungkin hanya untuk cover dia punya installlment bank. Tak perlu apa-apa deposit pulak tu. Bill yang ditinggalkan pun takde tertunggak walau sesen. Memang senang urusan kali ni.

Sekarang status pending kat bank owner lama. Sepatutnya bank tu dah keluarkan security document supaya bank loan aku boleh release baki loan yang patut jadi habuan owner. Tapi entah kenapa lembab sangat bank tu buat kerja. Agaknya bulan puasa. Terpaksa la aku push lawyer aku supaya dia push lawyer owner dan supaya lawyer onwer push bank pihak dia. Fuhh banyak nak kena push. Tak push tak gerak.

ni kucing2 yang ikut aku pindah.. hehe

Tuesday, July 23, 2013

Beli rumah landed subsale 20% below MV

Alhamdullillah.. dalam tahun ni juga aku berjaya beli sebuah teres single storey secara sub-sale. Transaksi ni berlaku awal tahun dan masih belum settle lagi. Sejak dari akhir tahun lepas aku mencari-cari rumah landed yang tak berapa jauh dari sempat kerja di Bukit Jalil. Matlamat rumah ni adalah utk aku diami. Aku target area puncak jalil, kinrara dan bdr putra permai. Puncak Jalil adalah 1st choice sbb nak ke office pun dalam 10 minit drive. Lagipun dah banyak kedai2, klinik, workshop dll.

Pusing punya pusing kat Puncak jalil semuanya dah naik harga. Single storey di PUJ 9 paling murah pun RM300k. Double storey pula dah dekat RM400k. Area kinrara pulak agak sesak dan kalau ada perumahan lama dah buruk sangat. Perumahan baru pulak terlalu mahal untuk poket ku.

Aku expand lagi pencarian ke Bdr Putra Permai. Area pasar borong selangor. Di Lestari Permai ada perumahan yang terbengkalai dan dimajukan semula oleh IJM. Masih belum dapat CF tapi ramai yang dah tinggal kat situ. Kata penduduk situ mereka dapat TCF (Temporary CF). Ada agen cakap TCF dah boleh buat jual beli. Ada pula yang kata tak boleh. Designnya pula masih style zaman dulu. Bumbung berlubang di tengah2 rumah. Kebanyakan rumah yg dah didiami, owner tutup dengan bumbung genting.Kawasannya nyaman aman damai betul2 belakang pasar borong. Rata-rata menjual dengan harga RM270k keatas untuk rumah single storey. Tapi aku taknak ambik risiko beli rumah dengan TCF ni.

Kawasan Bdr Putra Permai ni dah membangun pesat. Banyak kemudahan dan kedai2. Pasaraya besar pula Aeon (Jusco) dan Giant. Ada 3 exit utama iaitu ke Puchong/Kajang/Bangi/Putrajaya, ke Bukit Jalil/ Kinrara dan ke Seri Kembangan. Nak makan satay willy kajang dekat. Nak makan chinese muslim Mohd Chan kat bangi dekat. Nak tonton wayang kt Alamanda dekat.. Yang paling utama nak ke ofis aku di Bukit Jalil pun dekat.

Pusing lagi ke Lestari Putra, Lestari Perdana dan Kota Perdana. Rata2 rumah teres single storey sama harga dengan Lestari Permai.. RM250k hingga RM280K.. Ada juga yang jual RM300k yang dah renovated. Satu hari aku ternampak iklan dalam mudah untuk menjual single storey di Lestari Putra. Harganya agak keliru iaitu RM205k. Aku fikir mungkin agen salah letak harga yang sepatutnya RM250k. Tapi aku nak view juga rumah tu.

Tiba hari yang dijanjikan, aku view rumah tu bersama-sama agent dengan izin penyewa. Owner rumah tu chinese tapi penyewanya melayu. Rumahnya basic saja, bersih, kejiranan majoriti melayu, berdekatan surau dan kawasan yang tenang. Pertama kali view hati dah terpikat. Aku confirm sekali lagi dengan agen berapa harga rumah. Dia dia cakap RM205k. Agak terkejut jugak sebab harganya terlalu murah jika dibandingkan dengan unit2 lain di sekitar tu. Aku tak tunjuk sangat exited aku tu nanti nak mintak discount lagi..hehe..

Esoknya setelah bernego-nego dengan agent, akhirnya owner bagi rm1k discount..hahaha.. boleh la drpd takde langsung.

2-3 hari lepas tu jiran lama aku call menyatakan dia pun dapat beli rumah di taman yang sama, saiz yang sama, design yang sama dengan harga rm250k.

Alhamdullilah aku dapat rumah landed 20% below MV. Murah rezeki.. Amin

pandangan dari depan gate.. siap ada 2 disk astro.. hehe

halaman sekangkang kera.. kejap jer tebas semak ni

rumah dah clear lepas tenant pindah keluar
2 pembantu cari kerosakan rumah.. cari paip bocor ke.. tandas sumbat ke.. plug rosak ke.. mintak owner repair dan masukkan dalam snp juga

Monday, July 22, 2013

Seminar Sembang Hartanah anjuran Abang Ensem sangat owesome…

Sabtu lepas 20/07/2013, aku gagahkan diri untuk hadir seminar Sembang Hartanah yang dianjurkan oleh Abang Ensem walaupun kesihatan agak kurang memuaskan. Apa yang menarik ialah fees yang sangat murah iaitu RM99 dan ada 4 orang speaker. Tapi bukan sebab fees murah aku pergi sana. Tapi sebab nak build network dengan otai-otai hartanah. Nak ceduk ilmu-ilmu diorang. Kata mat salleh “Birds of the same feather flock together.” Walaupun kadang-kadang aku rasa semua benda ulang-ulang yang sama jer tapi masing-masing ada kelebihan masing-masing. Dan selalunya akan terselit tips-tips yang berguna untuk dipraktikkan.


4 orang speaker tersebut ialah:

Shamsuddin Kadir. Slot SK sangat menceriakan sebab beliau pandai selitkan dengan lawak. Tagline dia yang paling best ialah “Pelaburan Laut Mati”. Katanya kat laut mati manusia akan sentiasa terapung. Tak akan lemas. Jadi apa yang beliau maksudkan ialah pelaburan yang selamat tanpa pening kepala. Kalis gawat. Pilih hartanah yang kalis gawat. Beliau banyak berkongsi tips untuk menjadi tuan rumah yang bijak tanpa perlu fikirkan masalah dengan penyewa. Interview penyewa adalah sangat penting untuk mengetahui tahap pemikiran mereka. Kita boleh nilai sendiri penyewa yang betul2 tidak akan menyusahkan kita kelak. Cari beliau kat sini http://www.shamsuddinkadir.com

Saufi Karim pula berkongsi rahsia bagaimana melabur dalam hartanah tanpa modal. Walaupun kebanyakkan dari teknik yang beliau present sangat general, tapi banyak teknik2 tersebut yang kita boleh explore lagi. Atau hadir sendiri ke seminar beliau.Maklumat boleh dapat kat sini http://www.saufikarim.com

Faizul Ridzuan pula present teknik Pelaburan Cili Padi beliau. Setakat hari ini portfolio beliau dah menjangkau 23 unit SOHO. Banyak kelebihan soho ni sebab unit yang kecil tapi kadar sewa yang tinggi. Nak maintain pun senang.. nak furnish pun tak perlu modal besar. Buku beliau yang dah menjadi best seller WTF? 23 Properties by 30.. what the f… ooh bukanlah.. WTF tu stand for Wa Tak Faham.. hehe.. Cari beliau kat sini http://faizulridzuan.com/

Saiful Bahri pula daripada agency hartanah dan beliau juga adalah jurunilai. Aku tak berapa berminat sangat dengan topik macam mana nak jadi agen tapi dengar jugalah. Mana tau ada tips2 nak menaikkan nilai rumah di mata jurunilai. Berguna juga tu.

Pada hari tu pelabur hartanah pie2020 pun hadir untuk promosi ebook beliau, Cinta Pertama Rumah Lelong. Aku dah lama beli ebook ni masa harga promosi RM20. Tips dan pengalaman beliau secara detail ditulis dalam ni. Boleh dapat kat sini http://www2.pie2020.com/blog/ . Aku juga berkesempatan membeli sebuah buku tulisan Pelabur Hartanah Genius tulisan Dr Shah Razali.

Seminar habis lebih kurang pukul 1:45tgh. Tersasar sikit dari jadual. Aku takleh tunggu lama sebab gastric dah menyerang. Ingat nak berkenal-kenalan dengan peserta seminar. Apa-apa pun aku sempat bergambar dengan penganjur seminar iaitu Abang Ensem http://abangensem.com/
ni slot paling penting.. bergambar dengan Abang Ensem.. hehe
Banyak tips boleh kutip dalam buku ni...

Sunday, July 21, 2013

rumah lelong atas tanah - rumah masih berpenghuni.. macam mana?? (Part 5)

Goodmorning. Monday blues ke??.. hehe


Ini entry pasal rumah lelong berpenghuni dan macam mana aku buat. Sebenarnya sebelum aku masuk lelong kat mahkamah bulan lepas aku dh site visit dan dah tahu rumah tu berpenghuni.Mengikut kata jiran2, penghuninya adalah tuan rumah sendiri.Kalau ikutkan perancangan aku sepatutnya tanya dulu tuan rumah tu apa dia nak buat bila rumah tu dilelong tp aku tak dapat jumpa sebab dia takde kat rumah.Memandangkan RP sangat menarik aku teruskan jugak niat utk membida.

Sebaik saja aku menang rumah tu, terus aku taip satu notis ringkas yang agak formal. Notiskan nya seperti gambar kat bawah ni. Sengaja aku tulis secara formal supaya owner faham yang notis tu bukan main2.



Aku kepil kan bersama Memorandun Kontrak sebagai bukti aku dah beli rumah tu masa lelong. Masukan dalam envelope cantik2. Aku hantar by hand dengan harapan dapat berbudi bicara dengan owner.

Masa aku hantar notis tu sebenarnya aku belum pun lagi dapat kelulusan pinjaman bank.Confident je loan adik aku ni lepas. Masa sampai kat depan rumah tu, aku nampak ada tetamu yang datang. Aku tunggu dulu supaya urusan aku dengan owner tak diketahui oleh orang lain.Takut nanti dia jugak yang x selesa atau malu kalau kenalan/saudaranya tahu rumah dia dah dilelong. Dalam 15minit tetamu dia keluar dari situ.

Kemudian aku ketuk pintu rumah tu beserta surat notis kat tangan.Agak tebal jugak isi envelope. Seorang gadis lingkungan 20an keluar dan perkenalkan diri dia sebagai anak kepada tuan rumah. Ayahnya tak ada kat rumah. Aku serahkan envelope tu kepadanya dan minta dia sampaikan pesan supaya ayahnya menelefon aku. Tak berjaya jugak aku nak berbudi bicara dengan owner ni. Dari depan pintu rumah aku dapati ruang dalam rumah sangat bersih dan tersusun.Cat pun nampak masih baru. Timbul rasa serba salah tapi apakan daya. Kalau bukan aku yang beli rumah ni, orang lain akan sapu juga.

2-3 jam kemudian aku dapat panggilan dari owner rumah.Dia merayu supaya aku tak teruskan pembelian.Aku tanya kenapa dia tak ambil apa2 tindakan sebelum rumah dilelong dan ini bukan lelongan yang pertama...

"saya hanya berdoa supaya tak ada orang beli rumah ni"..

Itulah jawapannya yang membuat aku terkedu sekejap. Kemudian aku explain kat dia aku tak boleh cancel pembelian sebab deposit akan burn.Dia bersungguh-sungguh menyatakan dia akan bayar berapa sahaja asal aku tak teruskan.Dalam hati aku terdetik kalau sanggup bayar berapa sahaja kenapa tak bayar jer pinjaman dengan bank.Macam2 perangai manusia.Aku taknak teruskan perbualan masa tu jadi aku bgtau dia yang aku akan hubungi semula setelah berbincang dengan lawyer.Konon jer tu berbincang.Sebenarnya aku taknak cakap panjang lebar.Dua hari kemudian aku hubungi owner tu semula dan menyatakan niat aku untuk meneruskan juga pembelian.Dia yang kononnya nak bayar apa2 sahaja bayaran langsung tak cakap lagi psl bayaran tu.Kalaulah dia betul nak bayar mesti dah offer ganti

balik deposit aku... tapi ni ayat dia lebih kurang..

"kalau awk jadi juga beli rumah ni.. takpelah.. saya terima dengan redha takdir tuhan"..

Dia ni memang saja nak psiko aku agaknya. Aku borak baik2 dengan dia menyatakan semua cukai2 tertunggak sudah langsai dan hutang dia dengan bank akan dibayar dengan pinjaman aku.Sekurang-kurangnya nama dia tak blacklist kat bank lagi.Akhirnya dia bersetuju untuk keluar dari rumah tu bila loan aku lulus.Maknanya tak perlu tunggu sampai transfer nama.

Niat aku biarlah dia nak tinggal kat situ sampai raya. Lepas raya nanti aku akan jumpa dia lagi.Lagipun rumah tu bukan milik aku lagi secara official.


ni medan selera berdekatan taman


On the way balik singgah pekena cendol bakar dulu kat Dengkil..