Owner ni chinese.So rumah ni bukan bumi lot. Dia ada company yang jual lori kecil dan van di Jln Klang Lama. Tu pun aku tahu masa pergi ambil kunci rumah dari dia kat office nya . Katanya rumah yang aku beli tu dah lama dia nak let go.. Dia pernah offer kat penyewa sebelum ni tapi penyewa tu putus tunang dan tak jadi beli. Ada 1 lagi apartment kat desaminium yang dia nak let go jugak masa tu. Below MV jugak tapi aku prefer landed. Aku agak2 la dia ni mesti nak tambah modal dia bisnes tu kot. Pasal tu nak let go cepat2. Selepas dia repair pipe leaking dan point2 elektrik yang rosak, aku pun pindah masuk.
Agak jimat la aku 2-3 bulan ni sebab kadar sewa yg owner offer tu sangat murah. Mungkin hanya untuk cover dia punya installlment bank. Tak perlu apa-apa deposit pulak tu. Bill yang ditinggalkan pun takde tertunggak walau sesen. Memang senang urusan kali ni.
Sekarang status pending kat bank owner lama. Sepatutnya bank tu dah keluarkan security document supaya bank loan aku boleh release baki loan yang patut jadi habuan owner. Tapi entah kenapa lembab sangat bank tu buat kerja. Agaknya bulan puasa. Terpaksa la aku push lawyer aku supaya dia push lawyer owner dan supaya lawyer onwer push bank pihak dia. Fuhh banyak nak kena push. Tak push tak gerak.
ni kucing2 yang ikut aku pindah.. hehe
gara2 aku dulu lambat bank bayar dekat owner nilah aku kena denda penalty.. memang nak kena push baru jalan tn
ReplyDeleteada kawan pun penah kena.. dekat rm2k sebab lambat.. rugi jer
Delete