Aku sampai agak awal tapi dah ramai berkumpul. Ni kira 1st time datang lelongan mahkamah seremban. Aku terus pegi ke bilik lelongan dan minta borang untuk diisi. Lepas isi borang aku kepilkan bank draf, salinan ic adik aku dan ic aku sendiri. Kat belakang bank draf tu kena tulis nama, nombor telefon, alamat dan no kes. Masukan semua dokumen tadi dalam kotak yang disediakan. Lepas tu aku keluar tunggu kat luar seperti yang di arahkan.
Aku ni sorang-sorang mundar mandir je kat situ sambil pasang telinga dengar orang bercakap-cakap. Kebanyakan yang datang adalah agen. Tetiba ada terdengar sedikit kecoh dalam bilik lelongan. Aku pun menyebuk masuk dengar juga. Ada sorang pemuda melayu seperti merayu-rayu supaya tarik balik lelongan rumah dia. Lerrrr... ada jugak yang macam ni. Rasa kesian dan geram. Kenapa baru hari ni nak merayu??.. macam-macam masalah orang.
Tepat 9:30pagi, pintu bilik lelongan ditutup. Aku check balik kat papan kenyataan mana-mana unit yang call off. Daripada lebih kurang 20 unit, 6 unit sudah call off. Nasib baik unit yang aku nak bid ni masih lagi open. Aku perasan beberapa mata asyik dok pandang aku ni. Aku buat-buat tak nampak jer. Ni mesti nak kawtim ni. Memang tak syak lagi bila ada sorang kakak bertudung merah mendekati aku. Dia tanya bid rumah mana. Aku jawab pendek jer..."bandar baru salak tinggi".. Lepas tu dia balas lagi.. "saya pun nak bid rumah ni.. termasuk adik ni ada 3 orang bidder.. kalau saya bayar nak tak??"...
Cepat jer aku tanya balik.. "ni rumah akak sendiri ke?".. dia jawab tak.. aku pun balas la.. "minta maaf saya nak masuk juga".. akak tu berlalu pergi dengan muka kelat.
Pintu bilik lelongan dibuka dan nama auctioneer serta lawyer firm yang pertama dipanggil masuk. Kalau nak dibandingkan dengan lelongan di mahkamah kota bharu yang aku penah pegi dulu ada sedikit kelainan. Sebab di kota bharu semua orang yang nak bid mana-mana unit pun menunggu di dalam. Agak kecoh, bising dan lambat. Macam takde sistem jer. Sepatut mula pukul 10pagi tapi pukul 12tengahari pun belum start lagi. Tak efficient langsung.
Berbalik pada lelongan di mahkamah seremban ni.. unit aku nombor 4 dipanggil. Aku pun masuk la bersama 2 orang bidder dan auctioneer. Lelongan bermula. Auctioneer baca kes tu dan mulakan lelongan. Reserve price RM54k.. Setiap kenaikan adalah RM3k. Pada awal-awal bidding aku diam-diam jer. Bila auctioneer bacakan RM73k kali kedua terus aku laju-laju angkat tangan.. kat sini takde pakai bidder card.Angkat tangan jer... Auctioneer baca RM76k hingga ketukan yang ke-3... maka jadilah unit ini sebagai milik aku secara tak official nya.. Alhamdulillah.. even aku target maximun RM75k.. tapi terlebih RM1k kira ok la.. Tak lari jauh sangat.
Seterusnya aku dan auctioneer keluar dari bilik dan mula sign menyain Memorandum Contract. 4 salinan kesemuanya untuk sign dan initial setiap mukasurat. Dokumen inilah digunakan untuk apply loan. Reserve price unit ni RM54k. Bank draf 10% deposit yang aku dah kasi ialah RM5400. Tapi aku menang pada harga RM76K.. maknanya tak cukup lagi RM2200 sebagai 10% deposit. Aku dimaklumkan oleh auctioneer baki tu aku tak perlu bayar sekarang tapi uruskan bila apply loan. Oooo.. dah tukar yer.
ini rupa Memorandum Contract
Kalau dulu kena sediakan cash/credit card utk bayar baki tu. Lepas siap sign semua dokumen aku diminta bayar RM100 utk matikan setem. Time-time tu jugak matikan setem.. wah sangat efficient. Lepas tu aku jumpa lawyer yang uruskan kes lelong unit ni. Aku lantik dia sebagai lawyer aku kerana pada pendapat aku dia dah ada salinan dokumen-dokumen berkaitan dengan unit ni dan proses akan jadi lebih cepat daripada aku lantik lawyer dari firma lain. Lagipun nak kena kejar 120 hari ni untuk settle semuanya. Walaupun ofis lawyer ni kat seremban dan agak jauh dari office aku di bukit jalil, kami bersetuju untuk courier apa-apa dokumen bila diperlulan kelak.
Auctioneer sibuk siapkan contract
Next step ialah dapatkan semua dokumen dari adik aku untuk apply loan... Nanti aku sambung lagi in next entry yer..Salam Jumaat :)
woo macam tu ye caranya.. nampak mudah tapi sukar juga
ReplyDelete