Tuesday, July 9, 2013

Rumah lelong atas tanah - yahooo.. loan dah lulus (part 3)

Sebaik saja selesai urusan di mahkamah seremban, terus aku balik ke office di bukit jalil. Perkara pertama ialah call adik aku untuk sediakan dokumen untuk apply loan. Yang kat bawah ni dokumen2 basic:

1) IC
2) 3 bulan payslip
3) 3 bulan bank statement
4) EA form terkini
5) EFP statement terkini

Dokumen sokongan pun aku minta adik aku sediakan sebab dia ada komitmen tinggi dengan property yang dia dah beli sebelum ni.

1) Surat confirm jawatan - sebab adik aku baru saja kerja sebagai juruterbang MAS lebih kurang 2 tahun jadi ini untuk mengukukan lagi bukti pendapatan.
2) Credit card statement terkini - ini untuk membuktikan dia adalah good paymaster. Even officer bank boleh check dari system diorang tapi dengan adanya statement macam ni akan lebih memudahkan kerja diorang.
3) ASB statement terkini -  ini untuk membuktikan dia ada saving dan mampu membayar loan.Selepas 2 hari aku dapat semua dokumen2 tu. Aku scan kesemuanya dan call

Jasmine, mortgage agent yang aku selalu deal. Aku email kesemua dokumen tu . Jasmine apply ke beberapa buah bank jadi aku boleh jimat masa meronda ke bank-bank. Untuk CIMB pula aku email ke sorang officer kat CIMB bandar puteri puchong. Dia ni pun efficient jugak.

Oleh kerana unit ni dilelong oleh Bank Rakyat, aku pun tak lupa juga untuk apply kat sana. Aku hanya call bank rakyat puchong dan minta mobile officer yang boleh bantu aku. Malangnya takde mobile officer. Diorang hanya minta aku email dokumen yang perlu. Sempat juga officer bank rakyat tu pesan yang proses diorang lebih slow dari bank lain. Memang sedia maklum pun.hahaha

Selang seminggu selepas tu aku dapat mesej watsapp dari officer cimb. Alhamdulillah .. lulus juga loan untuk rumah ni..
Package yang ditawarkan:
1) 90% margin + 2.5% untuk MRTA dan valuation fees
2) No lock-in period. Inilah yang dicari sebab aku nak flip jer rumah ni
3) Tenure 40 tahun. Lagi lama lagi bagus. Boleh kurangkan installment bulanan sementara dapat buyer.

Esoknya officer cimb tu datang bawa letter offer kat office aku. Oleh sebab adik aku agak busy dengan exam flight simulatornya, terpaksala aku pegang dulu. Malam tu aku letak dalam postbox rumah dia sebab dia balik tengah malam. Bila dia siap2 sign dan initial semua mukasurat, dia letak balik dalam postbox dan aku gi collect. Lepas tu hantar ke cimb. Macam ni pun boleh..hehehe.. Adik-beradik sendiri senang JV. Tak perlu perjanjian bertulis. Kalau bukan adik-beradik atau saudara dekat, lebih baik ada black & white supaya takde konflik dikemudian hari.

Berapa lama agaknya nak tunggu transfer??..

macam ni rupa letter offer loan cimb



1 comment:

  1. bab loan ni dulu ada pengalaman dah apply untuk rumah pertama..

    ReplyDelete