Sunday, July 21, 2013

rumah lelong atas tanah - rumah masih berpenghuni.. macam mana?? (Part 5)

Goodmorning. Monday blues ke??.. hehe


Ini entry pasal rumah lelong berpenghuni dan macam mana aku buat. Sebenarnya sebelum aku masuk lelong kat mahkamah bulan lepas aku dh site visit dan dah tahu rumah tu berpenghuni.Mengikut kata jiran2, penghuninya adalah tuan rumah sendiri.Kalau ikutkan perancangan aku sepatutnya tanya dulu tuan rumah tu apa dia nak buat bila rumah tu dilelong tp aku tak dapat jumpa sebab dia takde kat rumah.Memandangkan RP sangat menarik aku teruskan jugak niat utk membida.

Sebaik saja aku menang rumah tu, terus aku taip satu notis ringkas yang agak formal. Notiskan nya seperti gambar kat bawah ni. Sengaja aku tulis secara formal supaya owner faham yang notis tu bukan main2.



Aku kepil kan bersama Memorandun Kontrak sebagai bukti aku dah beli rumah tu masa lelong. Masukan dalam envelope cantik2. Aku hantar by hand dengan harapan dapat berbudi bicara dengan owner.

Masa aku hantar notis tu sebenarnya aku belum pun lagi dapat kelulusan pinjaman bank.Confident je loan adik aku ni lepas. Masa sampai kat depan rumah tu, aku nampak ada tetamu yang datang. Aku tunggu dulu supaya urusan aku dengan owner tak diketahui oleh orang lain.Takut nanti dia jugak yang x selesa atau malu kalau kenalan/saudaranya tahu rumah dia dah dilelong. Dalam 15minit tetamu dia keluar dari situ.

Kemudian aku ketuk pintu rumah tu beserta surat notis kat tangan.Agak tebal jugak isi envelope. Seorang gadis lingkungan 20an keluar dan perkenalkan diri dia sebagai anak kepada tuan rumah. Ayahnya tak ada kat rumah. Aku serahkan envelope tu kepadanya dan minta dia sampaikan pesan supaya ayahnya menelefon aku. Tak berjaya jugak aku nak berbudi bicara dengan owner ni. Dari depan pintu rumah aku dapati ruang dalam rumah sangat bersih dan tersusun.Cat pun nampak masih baru. Timbul rasa serba salah tapi apakan daya. Kalau bukan aku yang beli rumah ni, orang lain akan sapu juga.

2-3 jam kemudian aku dapat panggilan dari owner rumah.Dia merayu supaya aku tak teruskan pembelian.Aku tanya kenapa dia tak ambil apa2 tindakan sebelum rumah dilelong dan ini bukan lelongan yang pertama...

"saya hanya berdoa supaya tak ada orang beli rumah ni"..

Itulah jawapannya yang membuat aku terkedu sekejap. Kemudian aku explain kat dia aku tak boleh cancel pembelian sebab deposit akan burn.Dia bersungguh-sungguh menyatakan dia akan bayar berapa sahaja asal aku tak teruskan.Dalam hati aku terdetik kalau sanggup bayar berapa sahaja kenapa tak bayar jer pinjaman dengan bank.Macam2 perangai manusia.Aku taknak teruskan perbualan masa tu jadi aku bgtau dia yang aku akan hubungi semula setelah berbincang dengan lawyer.Konon jer tu berbincang.Sebenarnya aku taknak cakap panjang lebar.Dua hari kemudian aku hubungi owner tu semula dan menyatakan niat aku untuk meneruskan juga pembelian.Dia yang kononnya nak bayar apa2 sahaja bayaran langsung tak cakap lagi psl bayaran tu.Kalaulah dia betul nak bayar mesti dah offer ganti

balik deposit aku... tapi ni ayat dia lebih kurang..

"kalau awk jadi juga beli rumah ni.. takpelah.. saya terima dengan redha takdir tuhan"..

Dia ni memang saja nak psiko aku agaknya. Aku borak baik2 dengan dia menyatakan semua cukai2 tertunggak sudah langsai dan hutang dia dengan bank akan dibayar dengan pinjaman aku.Sekurang-kurangnya nama dia tak blacklist kat bank lagi.Akhirnya dia bersetuju untuk keluar dari rumah tu bila loan aku lulus.Maknanya tak perlu tunggu sampai transfer nama.

Niat aku biarlah dia nak tinggal kat situ sampai raya. Lepas raya nanti aku akan jumpa dia lagi.Lagipun rumah tu bukan milik aku lagi secara official.


ni medan selera berdekatan taman


On the way balik singgah pekena cendol bakar dulu kat Dengkil..



6 comments:

  1. bab nak minta penghuni tu keluar yang berat tu tn.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Kalo yg tinggal dlm rumh tu anak kepada owner mcm mana plak? Di anggap penyewa ke owner? Agak2 senang x nk kluarkan diorang..huhu

    ReplyDelete
  3. Kalau anak owner dia hot dan cantik melecun, macam mana pulak jadinya? alamatnya jadi macam cerita P.Ramlee la agaknya. ye tak bapak?.. hahaha

    ReplyDelete
  4. selepas lelongan, bank pelelong akan buat settlement utk loan owner right..? so owner tak kena blacklist.. betul ke?

    ReplyDelete
  5. selepas lelongan, bank pelelong akan buat settlement utk loan owner right..? so owner tak kena blacklist.. betul ke?

    ReplyDelete