Sunday, July 21, 2013

rumah lelong atas tanah - rumah masih berpenghuni.. macam mana?? (Part 5)

Goodmorning. Monday blues ke??.. hehe


Ini entry pasal rumah lelong berpenghuni dan macam mana aku buat. Sebenarnya sebelum aku masuk lelong kat mahkamah bulan lepas aku dh site visit dan dah tahu rumah tu berpenghuni.Mengikut kata jiran2, penghuninya adalah tuan rumah sendiri.Kalau ikutkan perancangan aku sepatutnya tanya dulu tuan rumah tu apa dia nak buat bila rumah tu dilelong tp aku tak dapat jumpa sebab dia takde kat rumah.Memandangkan RP sangat menarik aku teruskan jugak niat utk membida.

Sebaik saja aku menang rumah tu, terus aku taip satu notis ringkas yang agak formal. Notiskan nya seperti gambar kat bawah ni. Sengaja aku tulis secara formal supaya owner faham yang notis tu bukan main2.



Aku kepil kan bersama Memorandun Kontrak sebagai bukti aku dah beli rumah tu masa lelong. Masukan dalam envelope cantik2. Aku hantar by hand dengan harapan dapat berbudi bicara dengan owner.

Masa aku hantar notis tu sebenarnya aku belum pun lagi dapat kelulusan pinjaman bank.Confident je loan adik aku ni lepas. Masa sampai kat depan rumah tu, aku nampak ada tetamu yang datang. Aku tunggu dulu supaya urusan aku dengan owner tak diketahui oleh orang lain.Takut nanti dia jugak yang x selesa atau malu kalau kenalan/saudaranya tahu rumah dia dah dilelong. Dalam 15minit tetamu dia keluar dari situ.

Kemudian aku ketuk pintu rumah tu beserta surat notis kat tangan.Agak tebal jugak isi envelope. Seorang gadis lingkungan 20an keluar dan perkenalkan diri dia sebagai anak kepada tuan rumah. Ayahnya tak ada kat rumah. Aku serahkan envelope tu kepadanya dan minta dia sampaikan pesan supaya ayahnya menelefon aku. Tak berjaya jugak aku nak berbudi bicara dengan owner ni. Dari depan pintu rumah aku dapati ruang dalam rumah sangat bersih dan tersusun.Cat pun nampak masih baru. Timbul rasa serba salah tapi apakan daya. Kalau bukan aku yang beli rumah ni, orang lain akan sapu juga.

2-3 jam kemudian aku dapat panggilan dari owner rumah.Dia merayu supaya aku tak teruskan pembelian.Aku tanya kenapa dia tak ambil apa2 tindakan sebelum rumah dilelong dan ini bukan lelongan yang pertama...

"saya hanya berdoa supaya tak ada orang beli rumah ni"..

Itulah jawapannya yang membuat aku terkedu sekejap. Kemudian aku explain kat dia aku tak boleh cancel pembelian sebab deposit akan burn.Dia bersungguh-sungguh menyatakan dia akan bayar berapa sahaja asal aku tak teruskan.Dalam hati aku terdetik kalau sanggup bayar berapa sahaja kenapa tak bayar jer pinjaman dengan bank.Macam2 perangai manusia.Aku taknak teruskan perbualan masa tu jadi aku bgtau dia yang aku akan hubungi semula setelah berbincang dengan lawyer.Konon jer tu berbincang.Sebenarnya aku taknak cakap panjang lebar.Dua hari kemudian aku hubungi owner tu semula dan menyatakan niat aku untuk meneruskan juga pembelian.Dia yang kononnya nak bayar apa2 sahaja bayaran langsung tak cakap lagi psl bayaran tu.Kalaulah dia betul nak bayar mesti dah offer ganti

balik deposit aku... tapi ni ayat dia lebih kurang..

"kalau awk jadi juga beli rumah ni.. takpelah.. saya terima dengan redha takdir tuhan"..

Dia ni memang saja nak psiko aku agaknya. Aku borak baik2 dengan dia menyatakan semua cukai2 tertunggak sudah langsai dan hutang dia dengan bank akan dibayar dengan pinjaman aku.Sekurang-kurangnya nama dia tak blacklist kat bank lagi.Akhirnya dia bersetuju untuk keluar dari rumah tu bila loan aku lulus.Maknanya tak perlu tunggu sampai transfer nama.

Niat aku biarlah dia nak tinggal kat situ sampai raya. Lepas raya nanti aku akan jumpa dia lagi.Lagipun rumah tu bukan milik aku lagi secara official.


ni medan selera berdekatan taman


On the way balik singgah pekena cendol bakar dulu kat Dengkil..



Tuesday, July 9, 2013

Rumah lelong atas tanah - mudahnyer bayar cukai online (part 4)

Salam semua. Hari ni 1 Ramadhan.Selamat berpuasa dan semoga Ramadhan kita tahun ni akan lebih diberkati. Hari ni juga aku nak sambung cerita rumah lelong. Kali ni berkenaan dengan cukai pula. Bila kita beli rumah lelong ada 2 jenis cukai tertunggak yang perlu dilangsaikan.

1) Cukai tanah
2) Cukai pintu/cukai taksiran

Bergantung kepada POS, ada bank yang akan absorb cukai-cukai ni. Ada juga yang tidak. Untuk kes aku ni bank akan absorb tetapi kena bayar dulu untuk cepatkan proses. Bila loan dah disburse, barula lawyer boleh claim semula dan aku akan dapat balik cukai tertunggak tu.

Memandangkan unit ni berada dalam daerah Sepang, maka cukai pintu atau juga dikenali sebagai cukai taksiran mestilah dibayar kepada Majlis Perbandaran Sepang. Untuk dapatkan amaun cukai tertunggak aku hanya perlu telefon sahaja.

Nombor telefon Majlis Perbandaran Sepang: 03-83190200

Maklumat yang mereka perlukan ialah alamat rumah atau nombor IC tuan rumah asal. Lepas tu diorang semak dalam sistem dan bagitau aku amaun tertunggak ialah RM1,297.90 sejak dari tahun 2007. Aku minta nombor akaun cukai tu untuk buat bayaran melalui maybank2u.

Untuk cukai tanah pula aku telefon Pejabat Tanah dan Galian Selangor. Ini nombornya 03-55447000. Untuk mereka periksa cukai tanah, aku diminta untuk  bagi maklumat Nombor Hakmilik dan Nombor Lot/PT. Maklumat ni boleh didapati di dalam Kontrak Jualan. Cukai tertunggak rumah ni ialah RM422.10 sejak tahun 2006. Aku tak lupa minta nombor akaun cukai tanah ni untuk buat bayaran melalui maybank2u juga.

Selepas tu aku login maybank2u dan buat bayaran untuk kedua-dua cukai dan print screen resitnya. Mudah kan.. Tak sampai 10 minit settle. Seterusnya aku dapatkan maklumat cukai tanah dan cukai pintu dari laman web diorang untuk dikepilkan bersama dengan resit bayaran tadi.

Laman web Majlis Perbandaran Sepang : http://www.mpsepang.gov.my/e-cukai
Laman web Pejabat Tanah dan Galian selangor: http://ptg.selangor.gov.my/

Aku print screen maklumat cukai dan resit bayaran melalui maybank2u dan email kepada lawyer untuk dia proceed dengan step yang seterusnya. Nampaknya semua berjalan lancar setakat ni.

Ada lagi task yang belum selesai. Berurusan dengan owner rumah supaya keluar dari rumah tu dengan aman dan tanpa krisis. Agak mencabar juga ni. Nanti aku share dalam next entry.

Nak dapatkan maklumat cukai taksiran dari laman web mesti register dulu.

Cukai tanah pun boleh dapat dari web

Rumah lelong atas tanah - yahooo.. loan dah lulus (part 3)

Sebaik saja selesai urusan di mahkamah seremban, terus aku balik ke office di bukit jalil. Perkara pertama ialah call adik aku untuk sediakan dokumen untuk apply loan. Yang kat bawah ni dokumen2 basic:

1) IC
2) 3 bulan payslip
3) 3 bulan bank statement
4) EA form terkini
5) EFP statement terkini

Dokumen sokongan pun aku minta adik aku sediakan sebab dia ada komitmen tinggi dengan property yang dia dah beli sebelum ni.

1) Surat confirm jawatan - sebab adik aku baru saja kerja sebagai juruterbang MAS lebih kurang 2 tahun jadi ini untuk mengukukan lagi bukti pendapatan.
2) Credit card statement terkini - ini untuk membuktikan dia adalah good paymaster. Even officer bank boleh check dari system diorang tapi dengan adanya statement macam ni akan lebih memudahkan kerja diorang.
3) ASB statement terkini -  ini untuk membuktikan dia ada saving dan mampu membayar loan.Selepas 2 hari aku dapat semua dokumen2 tu. Aku scan kesemuanya dan call

Jasmine, mortgage agent yang aku selalu deal. Aku email kesemua dokumen tu . Jasmine apply ke beberapa buah bank jadi aku boleh jimat masa meronda ke bank-bank. Untuk CIMB pula aku email ke sorang officer kat CIMB bandar puteri puchong. Dia ni pun efficient jugak.

Oleh kerana unit ni dilelong oleh Bank Rakyat, aku pun tak lupa juga untuk apply kat sana. Aku hanya call bank rakyat puchong dan minta mobile officer yang boleh bantu aku. Malangnya takde mobile officer. Diorang hanya minta aku email dokumen yang perlu. Sempat juga officer bank rakyat tu pesan yang proses diorang lebih slow dari bank lain. Memang sedia maklum pun.hahaha

Selang seminggu selepas tu aku dapat mesej watsapp dari officer cimb. Alhamdulillah .. lulus juga loan untuk rumah ni..
Package yang ditawarkan:
1) 90% margin + 2.5% untuk MRTA dan valuation fees
2) No lock-in period. Inilah yang dicari sebab aku nak flip jer rumah ni
3) Tenure 40 tahun. Lagi lama lagi bagus. Boleh kurangkan installment bulanan sementara dapat buyer.

Esoknya officer cimb tu datang bawa letter offer kat office aku. Oleh sebab adik aku agak busy dengan exam flight simulatornya, terpaksala aku pegang dulu. Malam tu aku letak dalam postbox rumah dia sebab dia balik tengah malam. Bila dia siap2 sign dan initial semua mukasurat, dia letak balik dalam postbox dan aku gi collect. Lepas tu hantar ke cimb. Macam ni pun boleh..hehehe.. Adik-beradik sendiri senang JV. Tak perlu perjanjian bertulis. Kalau bukan adik-beradik atau saudara dekat, lebih baik ada black & white supaya takde konflik dikemudian hari.

Berapa lama agaknya nak tunggu transfer??..

macam ni rupa letter offer loan cimb



Thursday, July 4, 2013

Rumah lelong atas tanah - acara lelongan (part 2)

19/06/2013, tibalah hari lelongan. Pukul 8pagi aku dah bertolak ke seremban 2. Mahkamah ni tak susah pun nak cari. Dari highway PLUS exit seremban. Keluar tol jer terus belok kanan kat traffic light.Terus tuju ke seremban 2. Akan pass by AEON dan depan sikit ada signboard Kompleks Mahkamah Seremban ke kiri.

Aku sampai agak awal tapi dah ramai berkumpul. Ni kira 1st time datang lelongan mahkamah seremban. Aku terus pegi ke bilik lelongan dan minta borang untuk diisi. Lepas isi borang aku kepilkan bank draf, salinan ic adik aku dan ic aku sendiri. Kat belakang bank draf tu kena tulis nama, nombor telefon, alamat dan no kes. Masukan semua dokumen tadi dalam kotak yang disediakan. Lepas tu aku keluar tunggu kat luar seperti yang di arahkan.

Aku ni sorang-sorang mundar mandir je kat situ sambil pasang telinga dengar orang bercakap-cakap. Kebanyakan yang datang adalah agen. Tetiba ada terdengar sedikit kecoh dalam bilik lelongan. Aku pun menyebuk masuk dengar juga. Ada sorang pemuda melayu seperti merayu-rayu supaya tarik balik lelongan rumah dia. Lerrrr... ada jugak yang macam ni. Rasa kesian dan geram. Kenapa baru hari ni nak merayu??.. macam-macam masalah orang.

Tepat 9:30pagi, pintu bilik lelongan ditutup. Aku check balik kat papan kenyataan mana-mana unit yang call off. Daripada lebih kurang 20 unit, 6 unit sudah call off. Nasib baik unit yang aku nak bid ni masih lagi open. Aku perasan beberapa mata asyik dok pandang aku ni. Aku buat-buat tak nampak jer. Ni mesti nak kawtim ni. Memang tak syak lagi bila ada sorang kakak bertudung merah mendekati aku. Dia tanya bid rumah mana. Aku jawab pendek jer..."bandar baru salak tinggi".. Lepas tu dia balas lagi.. "saya pun nak bid rumah ni.. termasuk adik ni ada 3 orang bidder.. kalau saya bayar nak tak??"...
Cepat jer aku tanya balik.. "ni rumah akak sendiri ke?".. dia jawab tak.. aku pun balas la.. "minta maaf saya nak masuk juga".. akak tu berlalu pergi dengan muka kelat.


Pintu bilik lelongan dibuka dan nama auctioneer serta lawyer firm yang pertama dipanggil masuk. Kalau nak dibandingkan dengan lelongan di mahkamah kota bharu yang aku penah pegi dulu ada sedikit kelainan. Sebab di kota bharu semua orang yang nak bid mana-mana unit pun menunggu di dalam. Agak kecoh, bising dan lambat. Macam takde sistem jer. Sepatut mula pukul 10pagi tapi pukul 12tengahari pun belum start lagi. Tak efficient langsung.

Berbalik pada lelongan di mahkamah seremban ni.. unit aku nombor 4 dipanggil. Aku pun masuk la bersama 2 orang bidder dan auctioneer. Lelongan bermula. Auctioneer baca kes tu dan mulakan lelongan. Reserve price RM54k.. Setiap kenaikan adalah RM3k. Pada awal-awal bidding aku diam-diam jer. Bila auctioneer bacakan RM73k kali kedua terus aku laju-laju angkat tangan.. kat sini takde pakai bidder card.Angkat tangan jer... Auctioneer baca RM76k hingga ketukan yang ke-3... maka jadilah unit ini sebagai milik aku secara tak official nya.. Alhamdulillah.. even aku target maximun RM75k.. tapi terlebih RM1k kira ok la.. Tak lari jauh sangat.

Seterusnya aku dan auctioneer keluar dari bilik dan mula sign menyain Memorandum Contract. 4 salinan kesemuanya untuk sign dan initial setiap mukasurat. Dokumen inilah digunakan untuk apply loan. Reserve price unit ni RM54k. Bank draf 10% deposit yang aku dah kasi ialah RM5400. Tapi aku menang pada harga RM76K.. maknanya tak cukup lagi RM2200 sebagai 10% deposit. Aku dimaklumkan oleh auctioneer baki tu aku tak perlu bayar sekarang tapi uruskan bila apply loan. Oooo.. dah tukar yer.

ini rupa Memorandum Contract

Kalau dulu kena sediakan cash/credit card utk bayar baki tu. Lepas siap sign semua dokumen aku diminta bayar RM100 utk matikan setem. Time-time tu jugak matikan setem.. wah sangat efficient. Lepas tu aku jumpa lawyer yang uruskan kes lelong unit ni. Aku lantik dia sebagai lawyer aku kerana pada pendapat aku dia dah ada salinan dokumen-dokumen berkaitan dengan unit ni dan proses akan jadi lebih cepat daripada aku lantik lawyer dari firma lain. Lagipun nak kena kejar 120 hari ni untuk settle semuanya. Walaupun ofis lawyer ni kat seremban dan agak jauh dari office aku di bukit jalil, kami bersetuju untuk courier apa-apa dokumen bila diperlulan kelak.


Auctioneer sibuk siapkan contract
Next step ialah dapatkan semua dokumen dari adik aku untuk apply loan... Nanti aku sambung lagi in next entry yer..

Salam Jumaat :)

Wednesday, July 3, 2013

Rumah lelong atas tanah (part 1)

Semalam dapat mesej watsapp dari officer cimb bank. Baru seminggu tunggu dh dapat result.Pantas betul dia ni buat kerja. Manager yang approve tu pun pantas..Syabas CIMB Bandar Puteri Puchong.Ada lagi 2 bank senyap takde khabar berita lagi.

Di sini aku nak promote officer CIMB bank tu sebab dia bagus.
Nama: Soh Ya Heng
HP: 012-3190572

Mesejnya berbunyi begini...



Untuk property ni aku pinjam guna nama adik sebab dia masih lagi boleh loan 90%. Agak risau jugak sebab commitment dia agak tinggi. Tapi Alhamdulillah lulus 90% + 2.5%(untuk MRTA + valuation fees). Walaupun interestnya tak berapa cun tapi takde lock in period. Itu la yg aku cari sebab target untuk investment kali ni adalah flipping. First time nak guna teknik ni. Dari homework yang aku buat memang berbaloi.Harap tak lari jauh dari target profit.

Jom flashback cemana aku beli unit ni...

Pada 10 June 2013, seperti pagi-pagi yang sebelum ni.. selepas check email kerja dan reply mana-mana yang perlu, aku akan browse unit-unit lelong kat lelongtips.com. Lebih kurang curi tulang jugak la ni... hahaha...

Pagi tu ada beberapa unit yang menarik perhatian aku. Salah satunya unit ini lah. Teres low cost 2 tingkat yang dah extend. Lokasi pulak memang sedang menaik sekarang ni. Bandar Baru Salak Tinggi.Lebih kurang 15min ke KLIA dan LCCT.Bandar2 yang terdekat ialah Nilai dan Kota Warisan. Dengan tidak membuang masa aku terus call auctioneer untuk minta POS (proclaimant of sales). Diorang email jer. Senang.

Autioneer: Thomas Yip
Vanue: Seremban High Court
RP: 54K
Auction date: 19 June 2013 (Wednesday)

Info dari lelongtips.com

Aku google-google kawasan tu nampaknya ada 2 unit nak dijual pada harga RM130k dan RM120K. Asking price yang menarik. Tambahan pula unit ni dah extend. Mesti value tak jauh dari tu.

Homework pertama yang aku buat ialah estimate profit dan set target berapa max bid. Kira punya kira nampaknya berbaloi.

Macam ni la lebih kurang estimation yang aku buat.

Esok malamnya aku terus ke unit tersebut. Sebenarnya nak pergi siang hari tapi memandangkan tanggungjawab kat tempat kerja tak membenarkan aku mengular lama-lama. Site visit malam pun ok jugak. At least boleh tengok kawasan tu hidup ke tak sebelah malam. Masa kat sana aku dapati rumah tu macam berpenghuni. Ketuk-ketuk takde orang buka pintu. Mungkin dah keluar. Ada baju di ampaian. Tingkapnya dah ditukar.Jiran-jiran sebelah masih lagi tingkap jenis nako. Unit ni dah extend ke depan. Cuma takde gate. Kat bahagian dapur aku tak check sebab malam gelap. Kang tak pasal2 kena kejar anjing.Hahaha.. Kebetulan pulak ada jiran baru nak keluar rumah. Jadi aku interview la sikit-sikit pasal rumah tu.

Ini la rumah yang dimaksudkan. Gambar ni aku snap masa hantar notis kat penghuninya minggu lepas.

Berdekatan taman tu ada medan selera BBST. Ramai betul orang lepak dan makan-makan. Aku pun sempat la singgah beli coconut shake walaupun tak berapa nak rasa coconutnya. Nampaknya homework dah complete. Aku terus buat keputusan untuk masuk bidding unit ni. Masalahnya auction ni kat Seremban dan weekday.Terpaksanya aku ambik cuti half day.

Seperti biasa, aku akan tunggu sehari sebelum auction untuk beli bank draf RM5400. Rugi kalau keluarkan ASB awal2. Aku pergi maybank jer walaupun charge RM5 dan lebih mahal dari CIMB yang charge hanya RM2. Ini kerana maybank ni dekat dengan ofis aku. Jalan kaki 5minit jer. Maybank dalam Technology Park Malaysia. Orang pun tak ramai. Benda kedua yang perlu disediakan ialah surat wakil sebab aku guna nama adik aku untuk kes ni.

Auction di court sekarang ni hanya membenarkan wakil dari saudara terdekat (adik-beradik kandung/mak /ayah) atau agent yang berdaftar saja yang boleh. Tidak lupa juga salinan IC adik aku.

Tibalah hari auction.. nanti aku sambung dalam entry lepas ni yer..
Peti lelongan di mahkamah. Baca arahan dengan teliti.

Tuesday, July 2, 2013

Aku kembali..

Salam semua. Setelah 3hari 3mlm crack password blog ni akhirnya berjaya jugak. Bukan saja bersawang malah dah tumbuh semak samun berhutan belantara macam rumah lelong yang takde bidder sejak bertahun-tahun.Macam ni lah perumpamaan yang sesuai untuk blog aku ni.

Sempena tahun 2013 ni aku nak kembali berblog.Bukan apa, banyak sangat aktiviti pasal hartanah yang aku tak rekodkan. Jadi dengan adanya blog ni boleh la aku rujuk balik di masa-masa akan datang. Disamping itu, perkongsian pengalaman aku sendiri dalam bidang ni dapat menjadi rujukan orang lain.

Yang aku perasan sekarang ni memang ramai betul orang melayu yg dah celik hartanah.Mungkin banyak blog2.. ebook2.. seminar2 yang dianjurkan oleh pakar2 hartanah kita ni seperti sifu aku sendiri dalam blognye yang praktikal dan santai http://www2.pie2020.com/blog/ dan juga otai hartanah Abang Ensem yang sangat berinformasi dan kelakar http://abangensem.com/.. dan ramai lagi lah pakar2 hartanah lain yang aku link kan dalam blog aku ni.

Tahun ni aku berjaya membeli 2 unit rumah dan kedua-duanya masih dalam proses lagi. Nanti akan aku coretkan pengalaman untuk kedua-duanya yang mana aku dapat memang below market price. Satu dari sub-sale dan satu lagi dari auction.

Jamu mata dengan gambar ni dulu..
Ceritanya.. tungguuuu....

Friday, April 30, 2010

Bersihkan blog yang dah bersawang..update..

Dah dekat 6 bulan aku x jenguk blog ni..byk hal personal yg membantutkan kerja update blog. Dan dah macam2 perkembangan pasal property yang aku perlu update untuk kongsi dengan korang dan sebagai rujukan aku sendiri di masa akan datang.

Sekarang ni ketiga-tiga property aku dah ada tenant.Jadi sekarang aku dah merasa pasif income hasil dari usaha sebelum ni.Memang berbaloi invest dalam property. Slow and steady.

Untuk flat low cost kat bukit jalil, tenant aku tu baik orangnya.Tinggal 2 beradik. Pernah sekali jer dia minta bayar sewa lewat.Tapi takde la lewat sangat. Biasanya dia bayar setiap 7 haribulan. Tapi ada sekali tu dia mintak bayar 15 haribulan. OK jer sebab dia tak mungkir janji. Kontrak sewa selama setahun dari November 2009 hingga October 2010. Aku akan terus kekalkan sewa kalau dia nak renew kontrak nanti. Tenant macam ni kena jaga baik2. Aku cadang nak hold unit ni lebih lama sebab ini freehold dan aku rasa area bukit jalil ni akan cepat naik. Deretan shoplot berdekatan Bukit Jalil Golf Club tu akan menarik ramai peniaga. Nampak gaya macam akan ada bank kat situ. Bila kawasan ni mula naik, mesti ramai orang akan bekerja kat situ dan harga property akan naik sama. DBKL pun pernah datang untuk banci pendapat penduduk untuk bina stesen LRT start dekat area tu.

Unit kat Pantai Hillpark pulak disewa oleh pasangan baru kahwin. Wife keje kat prince court dan husband pulak ada restoran. So, aku rasa diorang takde masalah bayar sewa. Kontrak dari February 2010 hingga January 2011. Unit ni paling ramai prospect cari. Aku advertise dalam mudah sebelah malam. Esoknya berderu-deru dapat panggilan untuk sewa. Ramai jugak pak arab nak sewa. Aku prefer Malaysian jer. Taknak ambik risiko bagi sewa kat middle eastern. Banyak sangat kes dadah. Tenant aku ni minat sangat dengan unit ni. Kalau suatu hari nanti diorang nak beli, aku akan let go jer. Pantai Hillpark ni banyak kemudahan. Sekarang area Kerinchi tu pun dah upgrade..siap rebrand dengan nama Bangsar South..Ada shopping mall baru nama Sphere..Kalu dulu orang akan beli barang2 runcit kat carefour midvalley, sekarang takyah gi mv lagi. Kat Sphere pun ada carefour. Kat depan Sphere tu pulak ada high-end condo nama The Park. Kejap jer value area ni akan naik.

Pasal high-end condo kat casa indah 2 damansara pulak disewa oleh 1 timber company. Diorang sewa short term jer untuk intership student diorang dari netherland seramai 3 orang...3 bulan jer.. Yang bestnya company tu setuju bayar advanve full 3 months rental..aku ambik 2 bulan security deposit and 1/2 month utility deposit...masuk dalam ASB...advance rental tu pulak aku guna utk bayar credit card yg aku guna masa beli perabot utk unit tu...monthly loan installment pulak aku bayar dengan membuat pengeluaran EPF...cuma tambah sikit jer..tak sampai 3 ratus sebulann..Unit ni aku appoint agent untuk cari tenant sebab leceh dan jauh nak bawak prospect gi view...lagipun high-end condo ni biasanya prospect tenant pun yang jenis demand...so nak senang urusan bagi jer agent uruskan..so x perlu serabut otak nak deal dengan diorang...oleh kerana kontrak hanya 3 bulan, komisen agent pun hanya perlu bayar pr-rated 3 bulan...maksudnya...kalau biasa agent akan charge sebulan sewa sebagai komisyen, tapi untuk case ni dia hanya charge 3/12 dari sebulan sewa.

3 minggu lepas aku dah refinance unit casa indah ni untuk dapatkan cash dari appreciated value....selepas 3 tahun unit ni siap dan dapat CF, harga naik sebanyak 27%...aku refinance dengan Affin Bank dan diorang offer margin sebanyak 93% termasuk MRTA...officer ni memang efficient..dia dah remind aku untuk redeem MRTA yang sedia ada bila dah disburse nanti...katanya kalau aku buat tak tahu, insurance company tu pun akan buat tak tahu jugak...Katanya selepas 3 bulan semua transaction akan siap...maksudnya akhir June...lepas tu aku nak venture dalam investment lain pulak ... ada sikit2 related dengan property dan komoditi...hehehe...tapi banyak lagi nak kena study ni...nasib baik ada orang sudi nak kenalkan kat sorang sifu...nanti aku akan kongsi lagi dengan korang..

Takat ni je lah untuk kali ni...lain kali update lagi...dah nampak bersinar sket blog aku ni..hehehe...