Saturday, November 7, 2009

Forecast ROI 351% rumah low cost

Mari kita kira forecast profit untuk rumah lowcost sri rakyat bukit jalil ...unit ni aku beli lelong dengan reserve price rm52,650...kadang2 ada je nampak iklan lelong sri rakyat rm48k...rm49k...

Market value unit ni ialah rm60k...unit aku ada table top konkrit..ada orang jual rumah ni dengan harga rm65K hingga rm70K...tengok pada condition rumah..oklah aku ambik MV sama seperti valuer kasi iaitu rm60K...Harga asal 6 tahun lepas ialah RM42K...jadi ini bermakna appreciation lebih kurang 40%...

Modal beli rumah ni ialah RM11K..ini termasuk 10% downpayment, legal fees, kos baikpulih dan deposit tnb..Loan dari RHB termasuk mrta ialah RM48K...installment RM218 sebulan...maintenance campur cukai tanah plak dalam rm40 sebulan...

Aku sewakan pada rate rm450 sebulan...jadi pengiraannya begini...

Purchase price : RM52,650
Loan : RM48,000
Modal : RM11,000

Loan Installment bulanan :RM218
Maintenance + cukai tanah + cukai pintu : RM40

Sewa sebulan : RM450

Positive Cash flow : RM192 iaitu...(RM450 - RM218 - RM40)

Katalah selepas 6 tahun dari sekarang value appreciate 20% menjadikan value rumah RM72K...dan katalah kita refinance rumah ni dapat 90%...kita anggar loan principle dah setel RM8k...menjadikan loan tinggal lagi RM40K...

Value after 6 year : RM72,000
Refinance 90% : RM64,800
Loan balance : RM40,000
Cash yg akan dapat ialah : RM64,800,000 - RM40,000 = RM24,800

Total cash flow selepas 6 tahun pula ialah RM192 x 12 bulan x 6 tahun ...bersamaan RM13,824...

Total profit ialah..
Cash selepas refinance : RM24,800
Cashflow : RM13,824

Campur kedua-duanya dapatla RM38,624 selepas 6 tahun....
ROI selepas 6 tahun pula ialah (Profit / Modal)%
= RM38,624 / RM11,000 %
= 351.13%

Ini bersamaan dengan 58.52% profit setahun....iaitu (351.13% / 6 tahun)...walaaaweyyy....banyak tuuuu.....

Ini pengiraan secara paling conservative...market value selepas 6 tahun aku letak RM72K jer...sedangkan kat belakang sri rakyat ni dah ada plan utk bina stesen lrt star...dbkl dah datang 2-3 kali buat banci pendapat penduduk...in fact sekarang pun dah ada orang jual dengan harga RM70K...so selepas 6 tahun tak mustahil value naik lebih dari RM72K...

Untung 58% setahun dan the best part ialah rumah ni adalah freehold...Ni baru rumah low cost...medium cost dan high cost lagi syiook forecast....bleh nampak unrealised profit...bila tiba masa yg sesuai realised kan saja profit tu....

Tuesday, November 3, 2009

Inspect dan cari defect rumah

Kali ni aku nak share experience mencari defect rumah baru...biasanya utk rumah yg beli daripada developer, kita akan dapat tempoh 18 bulan utk kita complaint apa2 defect. Tapi jangan la tunggu sampai 18 bulan baru nak complaint...lama2 diorang pun boleh argue samada defect tu disebabkan oleh kita sendiri atau developer....jadi untuk mengelakkan situasi2 yg menyusahkan, eloklah kita cari defect tu awal2...
Hari Sabtu lepas selesai urusan kemasukan penyewa baru kat sri rakyat, aku bawa parent dan anak buah ke Casa Indah 2. Sebelum bertolak aku pastikan barang2 ni dibawa;
1) Kapur tulis warna (alaa...kapur tulis yg cikgu guna kat papan itam tu..beli kat stationary lapan posen jer..kalau ada anak atau adik yg masih sekolah minta la diorang ambik sebatang..hehehe...)
2) Sticker yg warna floresent...pilih warna yg senang nampak
3) Camera
4) Defect form
5) Charger handphone atau ubat nyamuk eletrik (nak buat apa ni????...)
6) Pen & notebook

Cara nak tanda defect ialah dengan membulat kat kawasan defect dengan kapur, tulis nombor defect pada sticker, tampal stiker kat kawasan defect, tuliskan jenis defect kat defect form dan last skali ambik gambar supaya kita rekodkan keadaan sebelum repair...
Mulakan inspection dari ruang luar pintu masuk utama..kat situ biasanya tempat letak almari kasut...walaupun ruang tu di luar pintu, tapi consider sebagai ruang rumah kita juga...periksa setiap corner dan bucu2...

Lepas tu teruskan pemeriksaan ke bahagian living room,balcony, master room, bilik air master room, 2nd room, 3rd room, bilik2 air lain, dry kitchen dan wet kitchen. Perkara yg perlu diteliti ialah dinding, pastikan simen dinding yg comot dan tak rata atau terserpih dan cat yg comot...corner atau bucu2.....keliling power point sepatutnya kemas...skirting....lantai...lantai tile pula seeloknya check satu-satu...ruang antara tile..kalau ada lubang-lubang pastikan tanda tempat tu...ketuk2 tile dengan tangan macam ketuk pintu tu...kalau bawah tile ada ruang kosong bunyi dia lain macam...tak padat...boleh complaint...

pastu check tingkap dan sliding door...biasanya ada rubber kat keliling cermin tingkap...tandakan kalau tak rata atau terkoyak...cuba buka dan tutup tingkap dan sliding door beberapa kali...pastikan tiada ruang apabila sudah tertutup...periksa cermin kalau2 ada yg terserpih atau pecah...

Dalam bilik air...periksa tekanan air bagi semua pili termasuk shower..periksa sekeliling sinki dan mangkuk tandas...periksa juga siling, lantai dan dinding...cuba pam tandas...pastikan tekanan air yg masuk semula ke tangki pam..
Untuk periksa power point pula, boleh cuba dengan charge handphone...kalau takut phone rosak, bawa la alat elektrik yang senang dibawa contohnya ubat nyamuk eletrik yg ada lampu tu....kalau rosak disebabkan power point tu pun takde la mahal sgt...

Jangan lupa pintu2 dan frame pintu...cuba buka dan tutup beberapa kali...pastikan tiada ruang bila pintu ditutup...kunci berfungsi...periksa frame pintu...terutama frame pintu di bahagian lubang lock...kadang2 frame crack disebabkan gerudi skru...

Bila semua dah periksa, boleh la hantar defect form kepada developer dan tanya berapa lama diorang ambil masa untuk repair supaya senang kita follow up....

Sebelum balik aku sempat singgah level 5 Casa indah...club house....dengan swimming pool yg luas dan taman bunga yg menghijau.... nyaman betul..











Monday, November 2, 2009

Aktiviti hari Sabtu

Pagi sabtu aku pergi auction HB kt Grand Continental... tak ramai orang...ada 59 buah rumah utk dilelong...18 biji called off...tujuan aku gi auction tu just nak tengok sambutan sebiji condo yg aku target nak beli nanti...huhh tak sangka ramai betul bidder...11 orang..ada chinese...melayu dan india....maknanya rumah yg aku target ni memang hot...starting price RM279K...last bid RM355K...menang kat sorang chinese.aku dah check market value dengan banker...katanya RM360K...ler...dah dekat sgt dengan MV...tapi kalau tengok dalam iproperty atau thinkproperty, real estate price dalam RM380 hingga RM400K....patut la tokey cina tu berani ambik...Aku x tunggu lama..habis unit tu jer aku terus balik rumah sebab ada janji dengan prospect tenant baru nak masuk rumah Sri Rakyat Bukit Jalil...

On the way balik aku call prospect tenant tu...lelaki..katanya nak tinggal 2 beradik dengan adik dia yg baru start kerja..dia keje kat u-mobile..okla...keje kat tempat yg bagus...sewa harap2 takde masalah...Tenant yg lepas sebenarnya seorang pakcik yg dah tua...rupanya anak dia carikan rumah untuk dia...tapi tak tinggal sama2...kesian pakcik tu....lepas tu anak dia dapat cari rumah yg lagi murah...so dia nak pindahkan pakcik ke rumah murah tu...ada pulak dia sewakan rumah utk ayah dia tinggal sorang2....kenapa tak jaga ayah sendiri...iskk..malas nak fikir...mungkin diorang ada masalah tersendiri....

Pukul 12 tengahhari budak tu sampai..muda lagi..umur 26tahun....lepas tengok seluruh rumah..test air..test lampu..test kipas...dia terus bersetuju nak sewa...dah siap bawa deposit sebulan, deposit api air dan sewa bulan November..semuanya RM1000....dia minta utk masuk hari tu juga..takde masalah...rumah pun bersih....Aku memang dah bawa buku resit...so terus collect duit dan bagi kunci...aku minta dia fotostat ic utk buat tenancy agreement selama setahun...settle urusan rumah ni...tenant lama keluar hari khamis...hari sabtu dah dapat tenant baru...bagusss....tak rugi sewa...by the way rumah ni belum start bayar installment kat bank lagi...collect duit free je la ni...hehehe...

Sebenarnya parent aku aku kat KL weekend ni..Mama seronok betul tengok urusan kemasukan tenant ke rumah sewa Sri Rakyat...Petang nak bawa diorang pergi casa indah pulak...buat inspection seperti yg dah dirancang...

Tuesday, October 27, 2009

Casa Indah 2 - Collect key

Sabtu lepas aku dah pergi collect kunci rumah casa indah 2. Appointment pukul 9:30am tapi pukul 10:30am baru sampai sana pasal last minute gi fetch sorang member...boring jgk kalau gi sorang2...at least ada orang lain tolong cari defect..On the way nak ke damansara tu aku call kak rokiah nak inform sampai lambat. Dia cakap okay jer tapi bukan dia yg akan buat joint inspection dengan aku...tapi orang dari maintenance office...

Sesampai kt maintenance ofis, aku hulur appointment letter. Aku mintak maaf sebab lambat. Dengan tak semena-mena mamat ni marah kat aku...naik angin pulak.Marah sebab lambat. Aku cakap dah inform kak rokiah dan dalam appointment letter tu takde no tel maintenance ofis. Kot yer pun watpe nak naik angin plak....dia pun bleh je nak call aku pasal dia ada copy letter tu..ada nombor tel aku dalam tu....amenda laa...benda boleh tolak ansur pun nak kecoh.Aku cakap cancel aje appointment hari tu pasal aku taknak joint inspection dengan mamat sengal tu...tapi ada sorang kerani minta orang lain ganti...nama Shah....

So Shah dan sorang wakil main contractor nama Din bawa kami. Aku perhatikan kiri kanan dah ramai yg dah pasang grill warna putih.Menurut Shah, grill dan pintu utama mesti standard....aku pun setuju dgn syarat macam tu sebab kalau grill pelik2...1 rumah grill bunga2...1 rumah grill kotak besi mcm penjara...1 rumah grill sempoi..nanti nampak tak cantik...tak standard......lain ler bungalow...masing2 nak ada plan sendiri...design sendiri...

Bila Shah buka pintu, aku melangkah masuk dengan kaki kanan .... Bismillalhirahmanirahim...Alhamdullillah..ni la rumah pertama aku beli dari developer 2 tahun lalu...Terus aku meluru ke tingkap living room dan balcony...dari level 9, boleh nampak Tropicana Golf & Country resort dan Seri Selangor public golf resort...padang golf menghijau...ada rumah2 bungalow tropicana resort tu...setiap rumah ada kereta2 mewah...

Berdekatan pagar casa indah pula ada sungai...menurut Shah, Dijaya Corp ada plan utk cantikkan sungai tu..sekarang ni tak berapa cantik...ada burung2 bangau lepak2 dalam sungai cari makan....maknanya sungai tu bersih...

2 biji aircond dah install..1 kat living room dan 1 kat master room...seluruh rumah ni nampak lebih luas drpd show house...mungkin sebab kosong...lepas tu masuk ke master room...bilik air master room besar...lepas tu gerak ke bilik kedua...ke dry kitchen dan wet kitchen...kat wet kitchen ada satu bilik kecik...kata Shah, ramai owner pecahkan bilik kecik supaya wet kitchen lebih luas...

Kali ni aku tak inspect secara detail...hanya ada 4 defect jer yg memang obvious...(1) frame pintu bilik master dan bilik kedua ada crack disebabkan skru yg diorang guna utk pasang lubang lock tombol...(2)Dinding bilik kedua cat tak rata..(3)Salah 1 end skirting tak kemas...(4)Cat comot kat one tiny area kat dinding living room.

Lps tu kami ke maintenance office sekali lagi, sign beberapa borang...Shah hulurkan kunci dan terangkan setiap satu kunci tu.....aku kira dan tick bilangan kunci dalam handover form...ada 2 set access card..2 sticker.. 2 remote aircond...dan 1 booklet house rules...

sebelum balik kami singgah naik level 15...ada show unit yg di renovate oleh contractor luar...katanya dah 34 biji rumah dia dah renovate kat blok A....tak tau ler betul ker tak....yg penting aku nak kena cari at least 3 quotation utk renovation nanti...

Gambar x snap...next saturday aku nak gi sana lagi utk buat thorough inspection..nanti aku ambik gambar post kat sini...

Tuesday, October 20, 2009

RHB islamic sucksss....tak boleh harap...

Sakit hatiiii.....sakit hati sesangat dengan RHB islamic....hari ni lawyer call..katanya belum dapat lagi dokumen dari rhb...dah follow up banyak kali sejak 2 bulan lepas...lawyer dah takde jalan lain selain minta aku as client call rhb sendiri...

bila aku contact budak sales yg aku deal dulu tanya status loan aku...macam biasa akan cakap..."insyaAllah i akan check secepat mungkin..."...aku dengan bengangnya balas balik kalau dia tak reti nak follow up, aku bleh follow up sendiri..aku minta nombor telefon officer rhb yg incharge legal dokumen...bila aku call officer tu dia cakap kes aku pending valuation report...

aku mintak pulak nombor telefon valuer...orang yg handle value rumah aku cuti...aku tanya kalau minah tu cuti kes aku terbengkalai macam tu aje ke??...kalau orang tu mati cemana plak???...adussss....dah 2 bulan takkan xleh g buat valuation lagiii....sama lembab dengan rhb..patutnya rhb follow up dengan valuer dia.....dia janji akan buat esok...esok aku kena call lagi...

semalam plak aku terima surat insuran MRTA dari MAA takaful...dalam surat tu mentioned insurance aku rm1600++....dalam letter offer RHB plak RM1300++... terpaksalah aku call MAA takaful plak...diorang cakap rbh salah quote...iskkkk....bangang punya rhb islamic...

aku call lagi budak sales tadi...macam biasa ayat dia..."insyaAllah saya akan check dengan credit controller secepat mungkin..."...dia ingat aku percaya cakap dia kot....aku sound dia balik...aku kata kalau rhb salah quote...rhb lah bayar amount yg tak cukup tu kat MAA takaful...takkan aku plak nak bayar...bukan aku yg salah....

tak lama lepas tu budak sales tu call lagi...ni hal lain plak...dia kata esok valuer akan gi buat valuation so kena bayar rm450....lerrrr.....dulu cakap bank absorb semua kos kecuali legal fees...ni dah lain plak...cinabeng btol...memang x bleh pakai la budak ni.....aku memang serik dah dengan rhb islamic.....ahhh...bukan rhb islamic jer...semua rhb lah....x boleh harapppp....menyusahkan customer....due date utk setel urusan auction property ni 120hari....12hb Nov ni genaplah 120 hari.....aku dapat rasa yg aku akan kena interest dari pihak bank lelong.....

ni baru kes rumah low cost...nasib baik rumah lain aku x loan dari rhb....

So...nasihat aku jangan la deal dengan rhb....jangan cari penyakit...

By the way....budak sales yg aku deal tu dari branch Kelana Jaya...tak boleh harap...

Friday, October 16, 2009

Mama beli tanah dlm masa seminggu selesai

Ada satu cerita mama beli tanah dalam masa seminggu selesai tukar nama...
Bersebelahan kebun buah-buhan dan rumah pakcik ada satu tanah kosong...tak luas pun...sekangkang kera jer...tuan tanah nak jual tapi dia nak jual kpd keluarga pakcik aku jer...
ini lagi satu sifat orang kampung...nak jual pun bersyarat kat orang yg dia suka...kalau orang lain katanya dia tak akan jual....kalau takde duit pun dia tak kisah...janji tanah dia jatuh ke tangan orang2 yg dia pilih jer....

Esoknya pakcik aku datang rumah bagitau hal ni kat mama...harga tanah RM22K....pakcik aku ni abang yg sulung...dia nasihatkan mama supaya beli aje tanah tu......mama setuju sgt2 lah......sebelah ngan rumah abang dia jer....jadi luas sket tanah keluarga...lagipun tanah tu 1 nama .....senang deal....diorang ni ada jer handphone...tapi kalau urusan2 macam ni lebih senang face to face....baru rasa puas hati...lagipun pakcik suka bwk buah tangan...pastu dia suka mama masak utk dia bila dia datang...

selepas 5 hari pakcik aku datang rumah lagi...katanya tuan tanah dah sedia nak buat urusan jual beli lusa....sempat la mama prepare cheque...2 hari selepas tu..mama, papa, pakcik dan tuan tanah berjumpa di pejabat tanah....akad jual dan beli....selepas sign semua document2....tukar nama atas geran....mama hulurkan cheque RM22K kat tuan tanah....lepas tu diorang datang rumah minum2....makan2...selesai....

Ni ler tapak tanah tu...pakcik aku dah siap tanam pokok pisang...



Ni tanah sebelah....sawah menghijau...nyamannnn.....

Hari raya korban kat sini ..berkumpul rumah pakcik ....bumbung yg nampak tu rumah dia...
Ni sebahagian keluarga aku masa raya haji....meriah...
gambar kawan petik buah dokong....xpayah panjat2...hulur tgn jer....

Thursday, October 15, 2009

Beli tanah kat Kelantan

Semalam mama call..dia nak cerita pasal urusan pembelian tanah kat kelantan yg masih belum selesai...

ceritanya begini...4 tahun lepas ada sorang orang kampung aku offer tanah...tanah tu dekat jer ngan rumah parent...jarak dalam 100 meter jer...tanah tak luas pun...tapi harga tanah di sekitar kubang kerian, kg teluk baru dan kg huda dah mahal sekarang...kubang kerian pesat membangun....kata mama kalau buat rumah teres dapat la 4 pintu..area tu ramai doctor2 usm tinggal...jadi dia pun setuju la nak beli...masa tu harga rm100K jer..market value rm150K....mama mintak kurang rm80K tapi owner tanah x setuju..

dari sebulan ke sebulan...owner masih tak cakap apa2...selepas hampir setahun kebetulan bertembung dengan owner...mama tanya status tanah tu...dulu kata nak jual..lepas tu senyap plak...rupa-rupanya tanah banyak nama...13 nama..mak aihh....ramai giler...kalau jual dapat berapa sen jer setiap orang ...tapi orang kampung biasa laa...tanah wasiat...diwasiatkan sampai ke anak cucu...kalau boleh yg belum lahir pun nak diwasiatkan jugak....jadi disebabkan ramai dan tinggal berjauhan..agak susah nak dapat persetujuan ramai...orang kelantan cakap "ngoteh tok abih..."

setahun dah berlalu...masuk tahun kedua mama pergi jumpa owner tu lagi sekali...lain pulak ceritanya...ada adik beradik yg tak setuju harga rm100K...nak rm120K pulak...mama cakap dia nak survey dulu...so dia tanya pendapat jutawan hartanah kelantan...sapa lagi kalau bukan PakNgah Adi..tanya jugak orang2 kampung situ...ramai yg setuju mama beli even dah naik harga...lagipun setahun lepas duit ASB mama pun dpt dividen...tak rugi pun dia beli dengan harga baru tu.... kali ni mama setuju jugak...

dari sebulan ke sebulan takde khabar berita...deposit tak mintak...black n white pun takde...ni la cara urusan jualbeli tanah kat kampung...main cakap jer...pastu senyap... skali lagi mama cari owner tu(dia ni ketua sebab bahagian dia paling besar)...ada pulak cerita baru...isteri kepada salah seorang pewaris ni tak setuju jual...dia kata kat tanah tu dia nak buka kedai kopi..dah la nama dia takde dlm geran pun...nak bukak kedai kopi plak..abis yg 13 orang lagi pewaris ni apa cerita...kakaka...isu ni lagi susah dari isu penduduk PPR kat KL...yg suami nye pulak ikut jer cakap isteri...katanya tak akan sign apa2 agreement kalau jual tanah tu...tapi pewaris lain sumer nak jual sebb tanah tu sekangkang kera jer..pewaris ramai...cemana nak bahagi2 tanah...ada tambahan lagi ni...si isteri menuduh orang2 kampung tu termasuklah mama aku bomohkan kedai kopi dia yg sekarang ni tak laku...hahahahaa....ada plak camtu...

mama serahkan saja hal ni kepada ketua tanah...kata mama..once dah ready, bila2 saja mama akan setuju...mama cakap camtu sebb dia tau duit dia tetap beranak dalam asb... tahun ni masuk tahun ke-4...masih tak ada khabar berita..lepas balik dari umrah bulan puasa baru ni mama pergi ke rumah ketua tuan tanah utk tanya status...ada cerita baru pulak...katanya abang dia yg tinggal kat kuala krai dah offer kat orang lain..orang Kg Ulu Batu Makban..nama kampung pun pelik....harga rm140K ....lerrr....bleh plak gitu...mama cakap ni dah jadi macam lelong...kut yer pun nak offer kat orang lain tanya la orang pertama yg dia offer ni...main ikut sedap dia jer nak bukak2 offer kat orang lain...kalau betul nak buat cara lelong...bukak la dewan lelong....sapa bid paling tinggi dia dapat...isk..iskk..iskk...ni ler mentality orang kampung yg tamak haloba....

mama tak puas hati cara owner ni jual tanah...dia minta cancel jualan kpd org kuala krai...kata mama rm140k pun dia sanggup...(dalam hati mama berkata..4 tahun lepas market value rm150K...so still berbaloi...hehehe)

selepas seminggu setel lah urusan pembatalan jualan kpd orang kuala krai...cara lisan jer jugak...takde black n white....style kampung...tapi ada pulak kes baru...salah seorang daripada 13 pewaris tu meninggal..dia wasiatkan pula kepada cucunya seramai 3 orang...3 cucu ni masih bersekolah..bawah umur...mana boleh nak sign apa2 agreement...aduss... kata tuan tanah..minggu lepas bapa kepada 3 cucu ni dah minta sorang broker tanah bawa dia dan anak2 ke pejabat tanah dan lawyer utk letak nama baru dalam geran...khidmat lawyer pula supaya bapanya menjadi pentadbir tanah utk bahagian anak2nya....mak aihh...complicated giler.... tapi broker tu syaratkan supaya tanah dijual kepadanya...si ketua tuan tanah ni pulak bersetuju...katanya broker tu nak tolong jadi dia setuju...katanya lagi mama takde lawyer susah nak deal....mama punya la bengang...alasan orang kampung x sekolah macam ni laa....mama cadangkan kat tuan tanah supaya bgtau broker tu batalkan perjanjian dia sebb kata mama dia pun ada lawyer yg boleh uruskan tanah...ketua tanah tu setuju....isskkk...dia ni...memang kesian betol la kat dia...nak jual tanah tapi kurang pandai...kekekeke....main setuju jer apa2 orang cakap....

Masa borak2 ngan mama smlm handphone pun dah panas...aku cadangkan kat mama ni kira last try lahh...macam byk rintangan jer nak beli tanah ni...maybe tuhan dah sekat awal2 kot....kita jer yg tak sedar...mama kata dia pun fikir macam tu juga...dia sebenarnya dah sembahyang istikarah minta petunjuk...dia risau juga kalau2 dia btol dapat tanah tu...tapi ramai yg tak puas hati...mungkin kat agreement diorng sign tapi dalam hati sebenarnya ada yg tak ikhlas...macam tak berkat la pulak... kata mama dari segi psychology (chewah...mama cakap psychology la plak)...kalau ada diantara mereka2 yg terlibat dalam urusan jualbeli tanah ni...termasuk orang kuala krai..orang batu makban....si isteri nk buka kedai kopi...broker...3cucu yg masih bersekolah ...jika diorang ni sebenarnya tak ikhlas nak let go tanah tu..mama kata diorang akan sentiasa panas hati jer pasal tanah tu...entah2 kalau bina rumah sewa nanti...penyewa pun tak senang duduk sebab ada orang jeling2 dan mengata-ngata....entah2 ada plak kes bomoh2 yg tak masuk akal tu....

sekarang mama tak boleh lagi nak proceed dengan last try dia sbb papa aku takde...dia kat kl minggu ni psl ada perhimpunan umno tu..so kena la tunggu next week baru jumpa balik ketua tuan tanah...kita tengok apa kesudahanya nanti...kalau broker tu setuju tarik diri mama akan ambik...kalau broker bagi syarat2 lain..let go saja....x pening kepala...

kata mama dia sayang nak let go tanah tu sbb dekat sangat dengan rumah sekarang...katanya kalau esok2 anak2 balik nak buat rumah bleh buat kat situ...hmmm....kesian mama....takpelah ma...kalau tak dapat tu kira takde rezeki....entah2 tuhan nak kasi rezeki lain kot...insyaAllah...

kt bawah ni gambar kt kampung pakcik kt kelantan.....musim buah paling best....